Makan

Resipi Potato Au Gratin, Diolah Ikut Cita Rasa Malaysia. Sedap!

Share

Teringin nak makan kentang hari ni? Jom kita buat Potato Au Gratin yang mudah dan enak ini. Ada rasa tomyam yang cukup memikat selera. Tak muak dan sangat memikat selera. Untuk efek keju tarik yang sempurna, gunakan Perfect Italiano Mozzarella dan keju Chesdale yang tinggi dengan protein dan kalsium. Jom cuba.

POTATO AU GRATIN

Bahan-bahan:

  • 3  biji kentang russet | potong nipis
  • 2 kotak Anchor Cooking Cream
  • 4 sudu Anchor Salted Butter
  • 1 sudu besar mixed herbs
  • 2 sudu besar pes tomyam
  • 2 keping keju Chesdale
  • 100gm Perfect Italiano Mozzarella
  • Parsli kering | hiasan

 

Cara Memasak:

  1. Panaskan Anchor Salted Butter, masukkan Anchor Cooking Cream, mixed herbs dan pes tomyam dan masak hingga mendidih. Pastikan api perlahan.
  2. Masukkan keju Chesdale ke dalam kuah. Kacau hingga keju cair dan kuah jadi lebih pekat dan creamy.
  3. Potong nipis kentang menggunakan slicer lalu susun berlapis di dalam loyang.
  4. Tuangkan kuah tadi ke dalam loyang hingga rata. Taburkan Perfect Italiano Mozzarella
    . Lalu taburkan parsli kering di atasnya.
  5. Bakar selama 170°C selama 30 minit atau sehingga kentang masak.

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma