Tak tahu nak makan apa? Jom buat Potato Fritters yang sedap ni untuk kudapan anak-anak.
Bahan-bahan untuk membuatnya sangatlah mudah dan tidak renyah. Bahkan anda boleh sahaja membuatnya menggunakan apa sahaja bahan yang ada dalam peti sejuk. Paling penting, kena ada kentang. Lain-lain bahan boleh guna apa sahaja yang anda rasa bersesuaian. Oh ya, resipi ini juga tidak menggunakan air tau kerana ubi kentang sudah mengeluarkan air.
Jom cuba! Resipi perongsian saudari Nana Ereena ini tentunya tidak akan mengecewakan. Selamat mencuba!
Kredit resipi & foto: Nana Ereena
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official