Resipi pucuk ubi sambal kering ini boleh dikatakan hidangan nostalgia kerana jarang sangat dihidangkan ketika ini meskipun enak. Tambah pula tak ramai yang tahu cara menyediakan pucuk ubi sambal kering ini.
Sekiranya rindu ingin menikmatinya kembali, boleh cuba sendiri menyediakannya menggunakan perkongsian resipi Yasmin Dayanti Fami.
Kata Yasmin keenakan lauk ini adalah kerana tekstur pucuk ubi yang garing, dan untuk mendapatkannya pucuk ubi perlukan digoreng terlebih dahulu sebelum dicampur dengan sambal.
Cara masak pucuk ubi sambal kering
Ads
Bahan-bahan
Pucuk ubi secukupnya – cuci dan ditos
Cili kering – direbus
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Segengam Ikan bilis
Minyak untuk masak
Cara membuat
1) Panaskan minyak dan goreng dulu pucuk ubi yang sudah tos kering. Dah agak garing, angkat.
Ads
2) Kisar kering semua bahan cili kering, bawang besar, bawang putih & ikan bilis.
3) Masukkan dalam kuali bahan yang sudah dikisar. Masukkan sikit air supaya sambal tak terlalu kering, ada rasa-rasa basah sikit. Tumis cili hingga betul betul masak.
Ads
4) Masukkan garam, gula dan cuka. Kalau tak nak guna cuka, boleh gunakan sikit asam jawa. Gaul sampai rasa sebati.
5) Akhir sekali masukkan pucuk ubi yang digoreng tadi. Kacau rata sampai semua pucuk ubi terkena dengan sambal.
Siapa yang pernah makan loaded potato bowl KFC sahaja tahu betapa sedapnya menu yang satu itu. Hadir dengan kentang lenyek, ayam goreng serta cheese yang cukup sempurna rasanya. Menu ini pun sudah tiada di KFC. Jika anda rindu nak makan loaded potato bowl ni, buat je sendiri di rumah menggunakan resipi yang dikongsi oleh Tyra Manan ini. Confirm menjadi!
LOADED POTATO BOWL
BAHAN-BAHAN MASHED POTATO:
1kg kentang
100g butter | dipotong dadu
100ml whipping cream
50ml air
Lada hitam
Garam secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Rebus kentang sehingga betul-betul lembut. 2. Kemudian, campurkan semua bahan di atas. Gaul sehingga butter betul-betul cair. 3. Okay siap.
BAHAN-BAHAN AYAM:
Ayam dada | dipotong dadu
Tepung bestari
CARA MEMASAK: 1. Bancuh tepung dengan air dan salutkan ayam dengan tepung tersebut. 2. Goreng sehingga kekuningan di dalam minyak panas.
BAHAN TOPPING:
Jagung rebus
Cheese | dibancuh dengan air panas
Mayonis
Jagung direbus terlebih dahulu. Jangan rebus terlalu lama, takut kecut. Kemudian gaulkan dengan gula dan sedikit garam.
CARA NAK LETAK DALAM BOWL:
Letakkan mashed potato terlebih dahulu.
Kemudian, masukkan cheese dan mayonis.
Ulang lagi dengan meletakkan mashed potato. Ikut berapa lapisan yang anda mahu.
Akhir sekali, letakkan jagung, ayam goreng dan curahkan cheese serta mayonis.
Bawang putih jeruk bukan sahaja menaikkan selera bahkan menjadikan hidangan nasi kerabu lebih enak. Untuk menikmatinya pula, biasanya kita akan beli yang ready made dari Thailand tu. Tapi sebenarnya, puan-puan boleh je buat bawang jeruk homemade ni hanya guna bawang putih yang biasa kita guna dalam masakan tu. Menerusi perkongsian di blog CikManggis, beliau berkongsi cara-cara buat jeruk guna bawang putih biasa. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan!
BAHAN-BAHAN:
20 labu bawang putih | cuci bersih tapi jangan kopek kulitnya.Kukus hingga masak.
1 cawan cuka
2 cawan air
1/2 cawan gula
5 sudu makan garam(cm guna 4 sudu makan sahaja)
CARA MEMASAK:
1. Satukan air,garam,gula dan garam ke dalam periuk.
2. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan bawang putih dan biarkan mendidih sekejap.
4. Biarkan betul-betul sejuk baru masukkan jeruk ke dalam balang yang kedap udara.
5. Jika simpan dalam peti sejuk, jeruk dapat bertahan selama 2 bulan tapi jika letak di luar ianya boleh disimpan selama 2 minggu.
Nota: Guna sudu yang bersih setiap kali mengambil jeruk dari balang agar jeruk bawang ini dapat bertahan lama. Selamat mencuba!
Sayur brokoli ni memang jarang ada dalam menu masakan Melayu. Brokoli ni banyak dalam sajian Barat dan Oriental.
Hidangan yang mengandungi brokoli ni memang memberikan rasa lazatnya tersendiri, tetapi yang paling mengujakan ia banyak mengandungi khasat. Ia dipercayai boleh menghindari penyakit kanser dan jantung serta banyak khasiat lain.
Bolehlah dicuba nanti.
1. ROTI BAKAR BROKOLI DAN KENTANG LECEK PEDAS
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A (KENTANG LECEK):
340gm kentang
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh garam
1 sudu teh emping cili (lebihkan jika suka pedas)
Air untuk merebus secukupnya
BAHAN B (BROKOLI BAKAR):
100gm-150gm brokoli | potong kasar
8 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus lemon
10-20gm keju parmesan | lebihkan jika suka
Garam dan serbuk lada hitam cukup rasa
BAHAN ROTI BAKAR:
4-5 keping roti putih
2-3 sudu makan mentega
5-6 biji cili Thai
CARA MEMASAK: 1. Untuk membuat kentang lenyek; Buang kulit dan rebus kentang lebih kurang 20-25 minit hingga empuk. 2. Toskan airnya dan masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Lecek kentang hingga halus. 3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan emping cili. Ketepikan. 4. Untuk membuat brokoli bakar; Panaskan oven dengan suhu 200˚C. 1. Satukan semua bahan B, gaul sekata dan ratakan di dalam dulang pembakar. 2. Bakar selama lebih kurang 15 minit hingga perang dan lembut. Keluarkan dan ketepikan. 3. Untuk membuat roti bakar; Sapukan mentega pada permukaan atas dan bawah roti. 1. Bakar pada suhu 200 ˚ C lebih kurang 5 minit hingga sedikit perang. 2. Roti dipotong dua dan ratakan kentang lecek pada permukaan atas roti, susun brokoli bakar tadi dan taburkan sedikit keju parmesan. 3. Potong cili Thai dan taburkan sedikit di atasnya. 4. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Cili Thai adalah pilihan sekiranya anda suka pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 45 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju Jenis masakan : Roti Cara memasak : Rebus dan bakar Anggaran kos: RM15
2. BROCCOLI PARMESAN
BAHAN-BAHAN:
230gm brokoli | cincang
1 biji telur
65gm tepung gandum
30gm keju parmesan parut
½ sudu teh garam
Serbuk lada hitam cukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan di atas kecuali minyak masak. Gaul sebati. 2. Panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Apabila cukup panas letakkan adunan tadi dan tekan dengan sudip atau sudu untuk meleperkannya. 3. Balikkan adunan setelah satu bahagian sudah perang keemasan. 4. Pastikan kedua-dua bahagian masak perang keemasan. 5. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Warna hijau brokoli membuatkan hidangan ini nampak lebih menarik.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak kentang dan masin keju parmesan Jenis masakan : Lempeng Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
3. BROCCOLI MOZZARELLA BITES
BAHAN-BAHAN :
2 sudu makan madu
60gm brokoli | potong kasar
60gm keju mozzarela | parut kasar
1 biji telur
160ml susu segar
150gm tepung gandum serba guna
3gm serbuk penaik
½ sudu teh garam
½ sudu teh minyak masak
1 biji bawang merah | racik
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Satukan tepung dan serbuk penaik dan ketepikan. 2. Di dalam mangkuk berlainan, satukan susu, madu, garam, telur dan minyak masak. Gaul sebati. 3. Masukkan adunan tepung dan serbuk penaik tadi. Gaul sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli dan keju mozzarela, gaul sebati. 5. Panaskan minyak. Sudukan adunan di dalam minyak yang panas. Goreng hingga perang keemasan. 6. Angkat dan tos minyak. 7. Sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Enak dicicah dengan cili sos Thai.
Saiz hidangan: 3-4 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak keju mozarela Jenis masakan : Kudapan Cara memasak : Goreng Anggaran kos: RM15
4. BROCCOLI PASTA
BAHAN-BAHAN:
350gm pasta spageti
2 sudu makan minyak zaitun | untuk spageti
30gm minyak | untuk menumis
10 ulas bawang putih | dicincang halus
50gm brokoli | dicincang halus
50gm brokoli | potong kasar
1 kiub pati ayam
30gm keju parmesan
Air secukupnya untuk merebus spageti
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air di dalam periuk hingga mendidih dan masukkan minyak zaitun ke dalamnya. 2. Masukkan spageti dan biar selama 6-8 minit. Angkat, toskan dan lalukan di bawah air biasa. Ketepikan. 3. Seterusnya panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih hingga naik bau dan sedikit perang. Masukkan brokoli cincang dan kiub ayam, gaul hingga sebati. 4. Kemudian masukkan brokoli yang dipotong kasar. Gaul seketika. Tutup api dan masukkan spageti yang sudah dimasak tadi. 5. Gaul sebati dan masukkan pula keju parmesan. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa. 6. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Info chef:Boleh masukkan sedikit cili api jika mahukan rasa pedas.
Saiz hidangan: 2-3 orang Waktu memasak: 40 minit Keistimewaan : Ada rasa lemak dan masin keju parmesan Jenis masakan : Pasta Cara memasak : Rebus, tumis dan goreng Anggaran kos: RM15
Resipi: Terima kasih Mohamad Norazlan bin Husin dan Megat Isahmudin bin Suliman, Kolej INSTECH Koperasi Belia Islam.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!