Sedapnya Puding Agar Agar Karamel. Makan sejuk-sejuk memang nikmat. Bagi yang nak makan manisan Puding Karamel tapia da alahan dengan telur, atau ‘takut’ dengan jumlah telur yang digunakan, bolehlah cuba resipi Puding Agar Agar Karamel yang tak guna telur perkongsian saudari Nordiana Ab Kadil ni. Sangat mudah dan tentunya sedap. Tak perlu kukus pun. Cubalah. Anda pasti puas hati.
PUDING AGAR-AGAR KARAMEL TANPA TELUR & TANPA KUKUS
1. Masukkan gula pasir ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil. Biarkan gula cair dan jadi perang. Kemudian tutup api dan masukkan air. 2. Masukkan karamel ke dalam loyang puding. 3. Satukan semua bahan puding ke dalam periuk dan kacau sebati. 4. Kemudian masak di atas api yang besar sehingga betul-betul mendidih dan pekat. 5. Biarkan puding suam sebentar kemudian masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel tadi. 6. Masukkan loyang puding ke dalam peti sejuk dan biarkan selama 2-3 jam. 7. Bila puding telah mengeras, terbalikkan loyang tadi di atas pinggan kemudian potong.
8. Puding Agar-Agar Karamel tanpa telur sedia untuk dinikmati.
Tip: Pastikan puding dimasak sehingga betul-betul mendidih dan kelihatan pekat.
Sedapnya Kek Keju Meleleh Pandan ni. Resipi istimewa buat anda yang tak ada ketuhar. Hanya kukus sahaja. Caranya pun tidak rumit. Bolehlah cuba buat. Kombinasi kek yang lembut, krim keju yang melimpah ruah dan parutan keju yang banyak, memang terbaik. Jom cuba resipi perkongsian saudari Umi Hayati ni. Pasti puas hati.
RESIPI KEK KEJU MELELEH PANDAN KUKUS
BAHAN-BAHAN ( 1 LOYANG BULAT):
1 cawan gula
3 biji telur
1 sudu besar ovelatte
1/2 cawan minyak masak } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 cawan susu cair } ikut sukatan. Jangan dilebihkan.
1/2 penutup pewarna hijau
1 penutup besar perisa pandan }boleh ditukar kepada perisa strawberi, vanilla dan warna
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
CARA MEMASAK:
Pukul telur dan ovalette sampai gebu dan berwarna putih.
Masukkan minyak masak, susu cair, pewarna hijau dan perisa pandan. Pukul lagi hingga sebati.
Kemudian masukkan tepung gandum dan baking powder. Pukul sekejap tapi jangan lama.
Matikan mixer dan kaup balikkan bahan tadi.
Masukkan kek ke dalam loyang yang dah dialas dan kukus selama 30 minit menggunakan api sederhana. Pastikan air telah mendidih sebelum memasukkan kek. Tutup ( balut) penutup pengukus dengan kain bersih.
BAHAN CREAM CHEESE LELEH
250gm cream cheese Tatura
Suku cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat manis ( ikut manis sendiri)
CARA-CARA:
Satukan semua bahan dan pukul hingga gebu.
CARA MENGHIAS:
Selepas kek masak, tunggu kek sehingga betul-betul sejuk.
Untuk melapis, keluarkan kek dari loyang dan letak dalam pinggan.
Potong @ belah separuh kek dan sapu krim keju.
Letak kembali kek yang dipotong tadi dan sapu cream cheese. R
Akhiri dengan parutan keju cheddar dengan secukupnya.
TIP BUAT KEK KEJU YANG SEMPURNA:
Setelah dihias dengan krim keju, simpan seketika dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kek ini tidak perlu dimasukkan soda bikarbonat.
Pastikan sukatan minyak dan susu cair tidak lebih.
Ayak tepung gandum sebelum dimasukkan ke dalam mixer.
Penutup kukusan perlu dibalut dengan kain bagi mengelakkan wap air menitis atas kek.
Dah nama pun kuih cara jagung, jadi kalau nak letak lebih jagung hiris tu lagilah sedap. Kalau min suka jagung manis.
Resipi perkongsian Zura Zul ni nampak sedap. Jom kita cuba…
KUIH CARA JAGUNG
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A | dipukul dulu
1/2 cawan jagung dah hiris | bubuh lebih pun boleh..lagi sedap
3 1/4 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla, tak nak letak pun boleh
Sedikit perisa jagung
Sedikit pewarna kuning telur
CARA MEMASAK :
1. Kisar dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat)..ketepikan dalam bekas lain.. Masuk semua bahan2 yang lain dalam bekas.. Gaul rata.. Tuang dalam blender halus
2. Tuang dalam jag sederhana, campur dengan 1 cawan jagung yang dikisar tadi Kacau sebati. Panaskan acuan cara atas dapur gas.. Api perlahan.. Sapu minyak
3. Tuang adunan penuh dalam acuan.. Biarkan sekejap..baru letak sedikit gula dlm adunan.. Tutup dengan penutup periuk.. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan kat tepi kuih.. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai
4. Untuk tuang adunan seterusnya..mesti kacau2 dulu adunan dalam jag..baru tuang
5. Ulang sehingga habis adunan.. Siap..sedia untuk makan
Enak terasa bila dapat menikmati kuih koci dengan rasa lemak manis. Kuih koci dohnya boleh dipelbagaikan. Kuih ini diperbuat dari tepung pulut. Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipinya oleh Lisa’s Sweet Kitchen.
Bahan
500gm tepung pulut putih
140gm tepung pulut hitam
2ketul kentang rebus dan lenyek
1tbsp garam
500-600ml air
Cara
Satukan kedua tepung dan garam dan juga kentang yang telah direbus dan dilenyek. Uli sedikit sedikit dengan air hingga sebati.
Ambil 30 gm adunan, letakkan inti dan bulatkan
Masukkan kedalam dadih dan kukus.