Jom cuba buat Puding Biskut Marie perkongsian saudari Hamidah HA ni. Manisan mudah ini sesuai dinikmati pada bila-bila. Andai anda bakal menerima kunjungan tetamu yang tiba-tiba nak datang ke rumah, Puding Biskut Marie ni antara yang sesuai dihidangkan. Nak buat pun hanya guna bahan-bahan yang ringkas sahaja. Makan sejuk-sejuk, hmmm…memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar susu cair, susu pekat manis, teluru, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut dan mendidih.
4. Tambahkan mentega dan kacau hingga cair.
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebti. Guna api yang perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Teruskan mengacau.
6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko & milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
7. Teruskan memasak sehingga adunan berkilat dan ada meletup-letup kecil. Ini menandakan puding telah masak. Padamkan api.
8. Ambil loyang bersaiz 7×7 dan alas denga plastik. Lebihkan di bahagian kiri dan kanan supaya mudah nak mengeluarkan puding dari loyang nanti.
9. Masukkan sedikit adunan puding ( lapisan koko). Ratakan ke keseluruhan loyang.
INFO CHEF:
1. Resepi ni kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah lebih susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas puding jika suka.
Kredit resipi & foto: Hamidah HA
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official