Manisan mudah yang boleh dinikmati pada bila-bila. Andai anda bakal menerima kunjungan tetamu di hujung minggu nanti, Puding Biskut Marie ni antara yang sesuai dihidangkan. Nak buat pun mudah. Makan sejuk-sejuk, hmmm…memang sedap! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING BISKUT MARIE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kisar susu cair, susu pekat manis, teluru, esen vanilla dan tepung kastard. Ketepikan.
2. Kemudian bancuh serbuk koko dan milo bersama dengan sedikit air suam. Ketepikan.
3. Masak serbuk agar-agar dan air hingga larut dan mendidih.
4. Tambahkan mentega dan kacau hingga cair.
5. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Kacau hingga sebti. Guna api yang perlahan kerana adunan akan menjadi pekat. Teruskan mengacau.
6. Seterusnya masukkan bancuhan serbuk koko & milo. Kacau hingga sebati dan tiada ketulan.
7. Teruskan memasak sehingga adunan berkilat dan ada meletup-letup kecil. Ini menandakan puding telah masak. Padamkan api.
INFO CHEF:
1. Resepi ni kurang manis dan tak letak gula langsung. Kalau ada yang suka manis, boleh tambah lebih susu pekat atau gula.
2. Adunan puding ni cepat mengeras. Jangan risau, kalau ia mengeras, panaskan balik di atas api perlahan sebentar. Nanti adunan akan lembut kembali.
3. Loyang tak semestinya bentuk 4 segi. Loyang bulat pun boleh guna. Tupperware biasa yang lutsinar tu pun boleh guna juga.
4. Boleh tabur kacang tanah yang ditumbuk kasar atau Nestum di atas puding jika suka.
Kredit resipi & foto: Hamidah HA