Sedapnya Puding Buah Kuah Kastard perkongsian saudara Muhammad Alini. Lengkap dengan potongan buah-buahan segar dan juga sos kastard enak, semestinya hidangan ini sangat enak dinikmati bersama keluarga. Jom buat sendiri. Resipi sangat ringkas dan tidak menggunakan banyak bahan. Pasti puas hati.
1.Masukkan semua bahan. Kacau sebati dulu baru buka api perlahan.
2.Jangan berhenti kacau. Teruskan kacau sampai pekat dan mendidih. Dah mendidih matikan api.
3.Masukkan dalam bekas, biarkan suam dalam 20 minit baru masukkan dalam peti sejuk.
KUAH KASTARD:
Ads
1.Masukkan semua bahan, kacau sebati. Dah sebati baru buka api.
2.Kacau atas api sampai keluar wap atau mendidih di tepi periuk.
3.Padam api dan sejukkan dekat luar baru masukkan dalam peti sejuk.
4.Bila puding sudah keras, hiaskan dengan potongan buah-buahan pilihan. Bila nak makan, baru tuang kuah kastard.
INFO:
Tekstur puding ni bukan macam agar-agar. Ia lembik sebab sedap bila makan bersama sos kastard. Kalau nak keras sikit, tambahkan 5gram agar agar serbuk. Gaul dengan bahan-bahan puding baru buka api.
Kuah kastard dan puding hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk.
Gaulkan semua bahan di dalam satu bekas hingga sebati. Kalau pekat, boleh tambah air sejuk. Manakala kalau adunan terlebih cair, boleh tambah gandum.
Kemudian tambah garam secukupnya. Gaul lagi. Masukkan pula guna dan gaul sebati.Kalau yang suka rasa manis, boleh tambah gula lebih. Terpulang. Tapi, kalau banyakkan kelapa muda, rasa akan lebih sedap dan lemak ye.
Rehatkan adunan selama 1/2 jam barulah goreng. Ketika nak goreng, campurkan minyak dengan sedikit marjerin/planta sikit. Lagi sedap.
Adunan yang selebihnya,vboleh simpan dalam peti sejuk, mampu bertahan selama tiga hari. Kalau disejuk beku, boleh tahan selama setahun. Selamat mencuba.
Anda penggemar teh? Tapi sayang rasa teh yang disediakan tidak sempurna seperti yang anda inginkan walau pun bermacam tip dan petua telah dicuba. Jangan salahkan teh ye, mungkin tip ini boleh memberikan anda hasil teh seperti diinginkan.
Untuk hasilkan air teh yang sedap, selain air mesti panas, anda juga perlu rendam teh sekurang-kurangnya empat minit untuk teh hitam dan kurang empat minit untuk teh hijau. Ini kerana selama ini kebanyakan dari anda hanya merendam teh tidak lebih dari dua minit.
Sebenarnya teh perlu waktu yang lama untuk mengeluarkan aroma dan juga rasanya. Empat minit adalah waktu paling sesuai untuk merendam teh dalam air panas mendidih.
Selain cara merendam teh, pemilihan cawan juga mempengaruhi rasa teh. Oleh itu, elakkan menggunakan cawan yang dibuat dari tanah liat. Sebaliknya pilih cawan porcelain untuk mengelakka perubahan pada arasa dan mengurangkan kemungkinan cawan pecah.
Diharapkan tip ini memberikan manfaat kepada anda pengemar teh. Selamat mencuba…
Sedapnya Roti Gulung Sosej ni. Menu mudah yang boleh pikat selera si kecil. Orang dewasa pun suka sebab rasanya yang enak dan tidak renyah untuk dihasilkan. Nak cuba? Resipi perkongsian Opah Mas Cotek ni antara yang terbaik.
RESIPI ROTI GULUNG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Sosej
Mayones
Sos cili
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus sosej seketika. Angkat dan ketepikan. 2. Ambil roti sandwic dan canai nipis. Buang bahagian kerak tepi dan potong dua. Untuk corak roti bergaris, canai guna roller tat nanas). Buat hingga habis. Ketepikan.
3. Ambil sosej dan belah dua. Hiris kiri dan kanan sosej menjadi jejari halus. Pastikan tidak putus ya. 4. Ambil roti, letak sosej dan gulung. Kemaskan bahagian hujung dengan menyapu sedikit bancuhan telur sebagai gam. Boleh juga guna bancuhan tepung & sedikit air sebagai gam.
5. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan.
6. Angkat, toskan minyak dan hidang bersama mayonis serta sos cili.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!