Resipi Puding Buah Naga Susu Hidangan Manisan Yang Mudah Untuk Sekeluarga

Share

Memang sedap kalau dapat makan puding yang baru keluar dari peti ais yang sejuk. Tekstur puding pula tak terlalu kental dan tak terlalu lembut rasa sedap je cair di mulut. Resipi Puding Buah Naga Susu ni memang sedap sangat kalau dapat dihidangkan ketika waktu santai bersama keluarga lag-lagi bila cuti sekolah ataupun pada hujung minggu. Sangat mudah dan gerenti menjadi resipi Puding Buah Naga Susu ni untuk dibuat di rumah. Saya kongsikan resipinya. Jom cuba!

PUDING BUAH NAGA SUSU

BAHAN-BAHAN:

1 biji buah naga (isi merah)

1 paket agar-agar bertali 20 gram – BELI DISINI

750 ml susu cair – BELI DISINI

750 ml air kosong

1 sudu gula kastor (boleh kurangkan) – BELI DISINI

Untuk resipi puding buah naga ni, guna loyang 7 inci.

 

Bad mood rasa kalau cuci pinggan mangkuk sabun tak wangi dan tak boleh hilangkan kotoran dengan licin. Nasib baik ada Sugar Bubble Washing Liquid [Special Set] boleh dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 DISINI

!

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Tuangkan air ke dalam periuk, dan masukkan agar-agar tali. Kacau sampai larut dengan api sederhana.

2. Masukkan susu cair, dan kemudian letak gula. Letakkan sedikit sedikit, kalau rasa dah manis okay aje, tak payah nak habiskan secawan tu. Ikut selera dan tahap kemanisan yang disukai.

3. Akhir sekali masukkan potongan buah naga. Tak payah lama, supaya buah naga tak hancur. Potongan naga tu cantik bila dah mengeras puding nanti.

4. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti sejuk. Sedap dimakan dingin

Kredit: cuti_makan

SELAMAT MENCUBA!

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion RASA:

Published by
Nadzirah Rashid