Suka makan puding coklat? Cubalah resipi Puding Roti Coklat perkongsian saudari Norhayu Hanafi. Hanya guna bahan-bahan yang simple dan mudah didapati. Jika dekat dapur ada roti sandwic yang tak habis, sesuai sangat cuba resipi ni. Nampak sedap kan? Makan sejuk-sejuk memang layan habis. Jom cuba!
PUDING ROTI BERCOKLAT
Ads
BAHAN-BAHAN:
1 paket agar-agar – rebus dengan 4 cawan air ( agar-agar harga RM2.50 lebih kurang)
BAHAN KISAR:
6 keping roti sandwic
2 biji telur
1 tin susu cair
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat manis
Esen vanilla
2 sudu makan planta
Secubit garam
1 sudu makan milo @ serbuk koko untuk warnakan adunan
CARA MEMASAK:
1. Rebus agar-agar bersama air hingga larut.
2. Kisar bahan-bahan yang lain hingga hancur. Kemudian masukkan ke dalam larutan agar-agar tadi. Biarkan mendidih kemudian padamkan api.
3. Jika rasa nak lebih manis, tambahkan gula atau susu.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko atau milo. Satu lagi dibiarkan pada warna asal.
Ads
5. Lapiskan puding dalam bekas bersesuaian.
6. Sejukkan hingga keras sebelum dinikmati.
Ads
INFO CHEF: Lapiskan semasa adunan masih panas. Bahagian coklat dan adunan biasa tidak akan bercampur kerasa teksturnya yang pekat.
Pemanis mulut paling mudah disediakan dan bahannya biasa ada dalam dapur mak-mak yang ada ramai anak di rumah. Cuba perlukan tiga bahan utama iaitu agar-agar, milo dan susu sahaja. Untuk resipi penuh anda boleh rujuk pada resipi yang disertakan ini, sangat mudah dan sedap. Lagi sedap kalau dimakan sejuk, bimbang tak sempat sejuk, anak-anak tak sabar menunggu.
AGAR-AGAR MILO BAHAN-BAHAN: 1 paket agar-agar tali | 20gram 5 gelas air 1/2 tin susu pekat manis 1 senduk gula pasir 1cawann milo 1/2 sudu teh garam | utk melemakkan rasa
CARA MEMBUAT:
1. Masak agar-agar bersama air dan garam hingga larut. 2. Masukkan pula gula,kacau hingga hancur.
3. Kemudian masukkan milo,susu sambil dikacau rata hingga mendidih, guna api sederhana.
4. Setelah masak, tuangkan agar-agar ke dalam loyang. 5. Biarkan suam dan hilang wap panasnya baru masukkan ke dalam peti sejuk. 6. Setelah sejuk, agar-agar sedia dihidangkan
Cucur udang adalah salah satu makanan yang selalu menarik perhatian. tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan. RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap.
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Kuih talam adalah sejenis kuih yang memang menjadi kegemaran ramai individu di tanah air kita. Cita rasa lemak manis ditambah dengan teksturnya yang lembut, amat enak dijadikan sajian ketika minum petang.
Jom kita lihat resipi untuk membuatnya. Mudah dan boleh dicuba.
KUIH TALAM GULA MELAKA
BAHAN A (Lapisan bawah)
3/4 cawan gula melaka
2 sudu besar gula
2 cawan air
1 1/4 cawan tepung gandum
BAHAN B (Lapisan atas)
1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam
CARA MEMBUAT
1. Lapisan bawah. Panaskan kuali kemudian masukkan gula melaka, gula dan air. Masak sehingga cair. Kemudian sejukkan seketika.
2. Campurkan semua bahan tadi termasuk tepung gandum. Kisar dan kemudian tapis.
3. Tuang adunan BAHAN A anggaran 3/4 penuh ke dalam acuan. Kukus 15-20 minit.
4. Lapisan atas pula. Kisar semua BAHAN B. Tapis dahulu.
5. Masukkan BAHAN B yang dikisar hingga memenuhi acuan.
6. Kukus lagi 10-15 minit.
7. Sejukkan dan sedia dihidang.
Selain sedap dibuat sambal, goreng kunyit atau dimasuk dalam tomyam sotong juga enak dibuat masak lemak. Jika nak lebih sedap dan istimewa boleh cuba buat sotong masak lemak Padang.