122530125_1435417289995813_8154918865292706004_n

Siapa saja yang menolak jika dihidangkan dengan puding. Rasa manis dan kenyal membuat banyak orang ketagihan. Buatnya juga tidak susah pun. Ada juga yang menjana pendapatan dari menjual puding dalam bentuk cawan dengan pelbagai rasa.Pelbagai variasi boleh anda cuba dengan rasa yang enak dan bentuk yang menarik. Bagi yang ingin cuba, bolehlah buat puding horlicks gula merah ini. Memang padu rasa.

PUDING HORLICKS GULA MERAH

BAHAN A (loyang 8×8)
10g agar-agar tali
1 1/2 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan horlicks – bancuh dengan 1/2 cawan air suam/panas
1 tin susu cair -BELI ONLINE DI SINI
Secubit garam – jika suka
Pewarna ikut suka -BELI ONLINE DI SINI

Cara memasak:
1.Rendam dulu agar-agar 1/2 jam lebih.
2.Masak dengan air hingga agar-agar hancur.
3.Masuk gula, kacau kacau.
4.Masuk Horlicks dan kacau.
5.Kemudian susu cair. Letakkan secubit garam jika nak bubuh
6.Kacau serata hingga mendidih.
7.Bahagikan adunan satu atau dua bekas sama banyak. Warnakan.

8.Beku dan sejukkan.
9.Potong dadu kecil-kecil.
10.Tabur/susun dalam Loyang.

IKLAN

BAHAN B
10g agar-agar tali
3 1/2 cawan air
1/2 cawan gula merah-BELI ONLINE DI SINI
2 sudu besar gula
2 helai daun pandan
Secubit garam – jika suka

Cara memasak:
1.Macam biasa,masak agar-agar dengan air hingga hancur.
2.Masuk gula merah & gula. Kacau-kacau rata.
3.Kemudian masuk daun pandan & secubit garam jika suka
4.Masak hingga mendidih. Tutup api.
5.Biarkan seketika dalam 5 minit.
6.Baru tuang (tapiskan) perlahan-lahan dalam loyang bahan A tadi.
7.Bekukan. Simpan dalam peti sejuk lebih dari 1 jam.
8.Boleh keluarkan atau terbalikkan puding itu perlahan-lahan atas alas rata. akak potong dalam loyang tu je.

Kredit resipi: Zura Zul

IKLAN

ADA YANG NAK MEMBELI PERIUK KUKUS BAHARU, BOLEH LIHAT DI SINI.

Baked Milk Cheese Pudding, Nyaman DiMakan Dingin

IKLAN

Sejukkan Tekak Dengan Homemade Mango Cheese Aiskrim

Koleksi Resipi Aneka Pencuci Mulut Sedap & Menyejukkan Badan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI