Suka makan Puding Karamel? Resipi yang dikongsi oleh saudari Rin Ismail ni pasti menambat selera anda. Hanya menggunakan 6 bahan ringkas, puding Karamel Biskut enak ini anda boleh hasilkan buat hidangan keluarga. Kalau nak sediakan untuk jamuan makan pun sesuai. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
PUDING KARAMEL BISKUT
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 tin susu sejat
1/2 tin susu pekat manis
5 biji telur
12 keping biskut lemak Hup Seng
Sedikit esen vanilla
3 sudu makan gula
CARA MEMASAK:
1. Cairkan gula dalam kuali. Tunggu sampai berkaramel ( hangus) kemudian letak 2 sudu makan air.
2. Kacau sampai gula hancur. Masukkan dalam acuan. Ketepikan.
3. Satukan susu sejat, susu pekat manis, telur, biksut dan esen vanilla. Kisar hingga halus. Pada masa yang sama, panaskan periuk kukusan.
Ads
4. Check gula dalam acuan tadi sama ada keras atau tidak. Bila dah agak keras, tuang bahan yang dikisar tadi ke dalam bekas yang sama. Kukus selama 45 minit.
5. Sebelum angkat, cucuk lidi untuk mengetahui puding sudah masak atau tidak. Jika lidi bersih dan licin, ia menandakan puding dah masak.
6. Masa puding masih panas, keluarkan dari acuan. Jika sejuk, dibimbangi gula puding akan mengeras dan melekat. Enak dinikmati masa sejuk.
Petang-petang kalau pekena scone panas-panas dengan secawan kopi memang padu sedapnya. Lebih sedap, bila secone hasil air tangan sendiri, barulah anda mendapatkan rasa scone atau roti bantat yang lemak ini secara segar dan panas . Lebih sedap kalau dibelah tengah dan disapu dengan mentega dan dilapisi jem. Tak tau macam mana nak buat, nah ini resipinya:-
SCONE
BAHAN-BAHAN:
500gm tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh garam
125gm mentega tanpa garam sejuk ] potong dadu
25gm gula kastor
1 biji telur | pukul
275gm buttermilk/susu
CARA MEMASAK:
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah selcius.
Ayak tepung bersama soda bikarbonat, cream of tartar, garam dan garam ke dalam mangkuk. Masukkan mentega. Gunakan jari, gaulkan ke dalam tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan gula dan gaul rata.
Ketepikan 1/3 daripada telur dan campur selebihnya dengan buttermilk dan tuang ke dalam adunan tepung dan guli menjadi doh lembap. Taburkan tepung di atas pencanai dan uli Canai setebal 2 cm.
Bahagikan doh kepada 12 menggunakan acuan bulat dan susun atas dulang pembakar. Sapukan telur yang dicampurkan dengan sedikit susu di atas doh dan bakar selama 15 minit.
Angkat dan sedia dinikmati bersama mentega dan jem.
Resipi dodol kukus ini sesuai untuk dibuat Ketika teringin nak makan dodol homemade tapi tak rajin untuk mengacaunya.
Tak perlu kacau lama, hanya kukus selama 30 minit dah boleh dimakan. Rasanya tetap enak. Dodol kukus ini cukup terkenal di daerah Temerloh dan ia dimakan dengan tahi minyak.
Bagi yang nak cuba membuatnya boleh gunakan resipi dodol kukus yang dikongsi oleh Mazaliza Mahayuddin.
Cara mudah buat dodol, kukus saja
Bahan A
4 cawan tepung pulut
4 sudu besar tepung beras
2 cawan santan
Sedikit garam
Bahan B
2 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
2 cawan air
Sehelai daun pandan
Cara membuat dodol kukus
1. Satukan bahan B dalam periuk kemudian masak hingga hancur dan mendidih. Selepas hancur, tapis.
2. Kemudian satukan bahan A dan bahan B sehingga sebati. Tapis adunan.
3. Sediakan loyang, lapik dengan daun pisang. Masuk adunan yang telah ditapis ke dalam loyang. Kukus selama 30 minit.
Anda peminat kuih muih melayu? Susah nak dapat yang benar-benar menepati cita rasa. Buat untuk minum petang memang sedap dipadan pula dengan kopi panas, gerenti tak cukup sebiji. Kalau ada yang nak cuba buat, dikongsikan resipi membuatnya.
Dangai Kukus
(Anggaran 26 biji saiz lompang kecil)
Bahan-bahan:
3 cawan kelapa parut putih
1 cawan tepung pulut
Sedikit garam
Gula merah atau gula Melaka secukupnya
Cara membuat:
1.Masukkan 3 cawan kelapa parut putih bersama 1 cawan tepung pulut dan sedikit garam.
2.Gaul manja semuanya.
3.Masukkan 1 sudu penuh kelapa parut tadi ke dalam acuan. Tekan-tekan manja kelapa tersebut. buat lubang tengah dan masukkan 1 sudu kecil membukit gula merah atau gula Melaka.
4)Sediakan air kukusan. nak lebih wangi, masukkan 4 helai daun pandan ke dalam air kukusan tersebut. untuk aroma yang wangi. Setelah itu boleh kukus kuih dangai tersebut sehingga kuih masak