Sedapnya Puding Karamel Lapis Kek Milo Moist perkongsian saudari Aida Anissah ni. Bagi anda yang suka makan kek tapi tak ramai yang makan, resipi ni memang sesuai sangat. Cukup untuk 2-3 orang makan dan kukus pun guna bekas kecil sahaja. Barulah tak membazir. Jika nak buat pudding yang besar, gandakan sahaja sukatannya.

 

CARA MASAK PUDING KARAMEL LAPIS KEK MILO MOIST

BAHAN LAPISAN PERTAMA (SOS KARAMEL):

  • 3-4 sudu makan gula – beli online DISINI
    (masak dalam kuali hingga cair dan keperangan. Kemudian tuang terus dalam loyang@bekas)

BAHAN LAPISAN KEDUA (PUDING):

  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan susu cair   – beli online DISINI
  • 1/2 cawan susu pekat manis  – beli online DISINI
  • 1 penutup esen vanilla   – beli online DISINI
    (Kacau rata semua bahan tapi jangan sampai berbuih. Tapis)

BAHAN LAPISAN KETIGA (KEK MILO MOIST)

  • 1/2 cawan milo  
  • 1/2 cawan susu cair   – beli online DISINI
  • 1/2 cawan tepung gandum  – beli online DISINI
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh soda bikarbonat – beli online DISINI
  • 1 sudu teh baking powder   – beli online DISINI
  • 2 sudu makan minyak masak
    (Satukan semua bahan, kacau rata dan tapis)

CARA MEMASAK:

1. Ambil loyang/bekas yang telah diisi sos karamel. Tuang bahan bancuhan puding dan kukus sampai masak.

IKLAN

2. Kemudian bila pudding sudah masak, lorek-lorekkan permukaan atas puding dengan garfu supaya kek milo dan puding melekat elok.

3. Lapiskan dengan bancuhan kek milo kemudian kukus lagi hingga masak.

4. Bila kek masak, simpan dalam peti sejuk untuk sejukkannya. Sedia untuk dihidang.

5. Jika buat untuk keluarga yang ramai, gandakan sukatan.

Kredit resipi & foto: Aida Anissah

 

Dapatkan PERIUK KUKUSAN yang murah & berkualiti? Boleh pilih DISINI.

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Kuih Angku Tanpa Acuan. Sedap & Mudah Disediakan.

Buat Puding Sedap Guna Biskut Lemak. Makan Sejuk Memang Best!

Resipi Murtabak Daging Kulit Popia Paling Sedap & Mudah

Resipi Kuih Bom Sedap, Lembut & Gebu Hanya Guna 4 Bahan.

Cara Buat Boba Milk Tea Pudding Yang Sangat Sedap.

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official