Enaknya andai dapat menikmati Puding Kastard Koktail sejuk di waktu-waktu begini. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakannya sangat ringkas malah tidak mahal. Sangat sesuailah anda hasilkan untuk dinikmati bersama keluarga. Nak cuba? Saudari Mastura Razali ada kongsikan resipinya. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MENYEDIAKAN PUDING KASTARD BERKUAH KOKTAIL
BAHAN A (KASTARD):
1 cawan tepung kastard – beli online disini
5 cawan air
1/2 cawan susu sejat – beli online disini
1/2 cawan gula
CARA MEMASAK:
1.Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sebati baru hidupkan api.
2. Masak guna api perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
3. Masak sampai kastard agak pekat kemudian tutup api.
4. Kemudian masukkan adunan kastard ke dalam acuan atau loyang bersesuaian.
5. Bila kastard telah mengeras, potong menjadi ketulan kecil.
BAHAN B (KUAH):
1 tin susu sejat
4 tin air
1 cawan gula
1 sudu teh garam
2 sudu makan tepung kastard
Buah-buahan koktail / sumi/ nata de coco
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan (kecuali buah koktail/sumi/nata de coco) dan masak hingga mendidih.
2. Tutup api dan biarkan kuah menjadi sejuk.
3. Untuk menikmatinya, masukkan kastard yang dipotong tadi ke dalam mangkuk.
4. Tuang kuah secukupnya dan tambah buah-buahan koktail, sumi dan nata de coco.
5. Boleh sediakan awal kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dinikmati untuk rasa yang lebih enak.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official