Resipi Puding Kastard Jagung Sedap, Lembut Bergedik.

Share

Sedapnya Puding Kastard Jagung ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni memang terbaik. Berbaloi untuk dicuba.

CARA MASAK PUDING KASTARD JAGUNG LEMBUT BERGEDIK

BAHAN-BAHAN:

  • 1 tin jagung berkrim ( creamy)
  • 300gm tepung kastard
  • 200ml santan kotak
  • 1800ml air (9 cawan)
  • 200gm gula (1 cawan lebih kurang)
  • 250gm susu pekat manis ( lebih kurang 1 cawan)
  • 1 sudu teh garam
  • Pewarna kuning lemon jika perlu

CARA MEMASAK:

(guna 1 loyang bulat saiz 12 inci atau 2 loyang bulat saiz 9 inci. Boleh juga guna bekas lain yang sesuai) :

1. Ambil loyang, basahkan dengan sedikit air. Buang airnya dan lapik plastik dalam loyang.

2. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau hingga larut.

3. Masak bahan tadi guna api sederhana perlahan. Sentiasa kacau guna ‘whisk’ hingga adunan berkilat dan meletup-letup. Padam api.

4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Biarkan sejuk.

5. Bila puding telah kental, boleh potong dan dinikmati.

6. Jika suka makan puding yang sejuk, biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.

INFO: Jika buat untuk niaga, sebaiknya guna santan kotak supaya puding lambat basi.

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

JANGAN LUPA CUBA JUGA RESIPI DI BAWAH NI:

Published by
Nur