Resipi puding labu ini sesuai digunakan bagi saiz labu yang kecil. Ini kerana, kebiasaan sukatan adalah untuk labu bersaiz besar.

Oleh itu, bagi yang baru memcuba membuat puding labu atau mahu menyediakan dalam kuantiti sedikit resipi yang dikongsi oleh Aza’ifa Isma’ boleh jadikan panduan.

Sukatan bahan puding labu saiz kecil

Resipi Puding Labu Enak, Sukatan Untuk Labu Kecil

Bahan-bahan

1 biji labu saiz kecil
1 cawan susu cair
1 camca tepung kastad
1 biji telur
2 camca gula
Secubit garam

Ads

Baca:  Pengat Labu Lemak Manis Bersama Sagu, Ini Resipinya

Cara memasak

1. Potong labu di bahagian atas, kemudian keluarkan kesemua biji hingga licin. Ketepikan seketika.

2. Dalam satu bekas, campur semua bahan kecuali labu. Kacau hingga semua bahan larut, kemudian tapis.

3. Masukkan adunan yang ditapis ke dalam labu yang siap dibersihkan masukkan dalam periuk pengukus yang siap dipanaskan.

Resipi Puding Labu Enak, Sukatan Untuk Labu Kecil

4. Kukus hingga labu dan adunan masak. Angkat labu dan sejukkan. Puding labu ini enak dimakan selepas disimpan dalam peti ais.

Resipi Puding Labu Enak, Sukatan Untuk Labu Kecil

Ads

INFO : Tip pilih labu yang elok

1. Pilih bentuk kecil dan pendek – ini kerana labu sebegini teksturnya lembut dan berjus dan tidak ada sabut.

2. Tangkai masih kuat – elak ambil labu dengan tangkai yang mengering dan kerinting, ini tandanya buah labu sudah lama disimpan. Tangkai yang masih kuat bermakna ia masih segar.

3. Cari jenis sugar pumpkin atau pie pumpkin – labu jenis ini lebih manis.

Ads

4. Ambil labu warna cerah – jangan ambil labi yang ada warna kehitaman kerana bahagian tersebut selalunya lembik kemungkinan disebabkan sudah terjatuh.

5. Labu berat lebih baik- ini tanda kadar air dalam labu yang tinggi. Itu menjadikan tekstur labu akan lebih lembut dan lembab.

Kredit resipi & foto: Aza’ifa Isma’

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI