Resipi Puding Laici Berkuah Sedap Guna Sukatan Cawan

Share

Sedapnya Puding Laici Berkuah ni. Dikala cuaca macam sekarang, sesuai sangatlah buat puding ni. Letak dalam peti ais dan makan sejuk-sejuk. Memang nikmat. Orang dewasa dan budak-budak pun suka. Kalau dijadikan sebagai manisan untuk sebarang majlis keraian juga. Resipi yang sangat praktikal. Isi laici diguna amalh kuah sirapnya juga tidak dibuang. Pendek kata memang bestlah.  Jom lihat resipi perkongsian saudari Astaen Jay ni. Pasti puas hati. Kalau nak dijadikan jualan untuk menambah pendapatan juga sesuai. 

 

CARA MEMBUAT PUDING LAICI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:
10 gm serbuk agar-agar beli online disini
2 liter air
2 cawan gula beli online disini
2 tin laici – airnya jangan dibuang beli online disini
1 tin susu cair beli online disini

CARA MEMASAK:
1.Masak air dengan gula sehingga mendidih.
2. Kemudian masukkan serbuk agar-agar bersama 1/4 cawan air laici. Jika air laici ada banyak, boleh guna 1/2 cawan. Tinggal sedikit lebihan air laici untuk dituang atas puding nanti.
3. Seterusnya masukkan susu cair. Kacau sebati dan tutup api


4. Ambil acuan bersesuaian dan basahkan. Tuang adunan agar-agar tadi ke dalam acuan.
5. Bila agar-agar sudah sederhana sejuk (agak-agak keras) baru tuang sikit air laici atas puding tadi.


6. Taburkan laici diatasnya mengikut cita rasa masing-masing.
7. Sejukkan puding dan siap untuk dinikmati.

Kredit resipi asal: As Leasuyku

Resipi diolah oleh & foto: Astaen Jay

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Nur