Puding Laici Bunga Telang enak dihidang ketika sejuk. Menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama namun jika tidak suka santan, boleh sahaja gantikan dengan susu cair. Pendek kata terpulang pada cita rasa masing-masing. Warna biru daripada bunga telang menjadikan Puding Laici Bunga Telang ini nampak cantik dan menyelerakan. Ini resipinya yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal
RESIPI PUDING LAICI BUNGA TELANG
BAHAN-BAHAN:
ADUNAN 1:
6 gm serbuk agar-agar 7 sudu besar gula – BELI ONLINE 20 kuntum bunga Telang (direndam air panas) 1 tin laici (ambil air sahaja) –BELI ONLINE 600 ml air (setelah dicampur dengan air rendaman bunga telang dan air laici)
CARA MEMBUAT ADUNAN 1:
1. Buah laici disusun di dalam acuan. Ketepikan.
Ads
2. Campur agar-agar, gula, bunga telang dan air di dalam periuk. Kacau sebati. Buka api perlahan.
3. Kacau perlahan hingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan sedikit keras.
ADUNAN 2:
300 ml air 300 ml santan 6 gm serbuk agar-agar 7 sudu besar gula 1 sudu kecil garam – BELI ONLINE
CARA MASAK ADUNAN 2:
1. Campur semua bahan adunan 2 kecuali santan. Kacau sebati.
2. Buka api perlahan. Kacau adunan hingga hampir mendidih.
3. Masukkan santan dan kacau seketika. Tutup api dan biar sedikit suam.
4. Tuang adunan 2 di dalam acuan. Pastikan adunan 1 tadi sedikit mengeras supaya adunan tidak bercampur.
Ads
5. Boleh tuang adunan selang-seli ikut cita rasa. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hidangkan.
Cheesekut yang pernah menjadi viral ini memang menjadi kegilaan semua orang. Cara membuat yang sangat mudah dengan mengunakan bahan-bahan yang mudah dicari.
CHEESEKUT
BAHAN-BAHAN
1 paket biskut kering
1/2 tin susu pekat
250g cream cheese
1/4 cawan susu segar
CARA MENYEDIAKAN:
Masukkan cream cheese, susu pekat dan susu segar dalam blender. Blend sampai sebati. Nak guna mixer pun boleh.
Dah sebati adunan tadi,buat lapisan nipis dalam bekas.
Biskut kering tadi pulak, korang celupkan dalam susu segar. Susun kat atas cream cheese yang dalam bekas tadi.
Sud ah selesai susun, lapiskan lagi cream cheese. Susun pulak biskut. Buat sampai cream cheese tadi, boleh tutup lapisan biskut paling atas.
Terasa nak makan Biskut Makmur tapi tak ada ketuhar? Usah sedih…Anda masih boleh buat biskut yang dihajati. Tak perlu bakar pun malah bahan yang digunakan pun sangat mudah. Guna 4 bahan sahaja uols! Menurut empunya resipi, biskut ni sangat senang dan pastinya cair di mulut. Jom cuba!
RESIPI BISKUT MAKMUR TANPA BAKAR
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan planta
1/2 cawan minyak sapi
1 cawan susu tepung ( Jika tak ada minyak sapi, boleh guna marjerin)
CARA MEMASAK:
1. Goreng tepung tanpa minyak. Kacau hingga kekuningan namun jangan sampai hangit. Angkat dan letak dalam bekas ata besin bersesuaian.
2. Seterusnya cairkan planta bersama minyak sapi. Bila dah cair, biarkan sejuk.
3. Masukkan gula kastor ke dalam tepung. Gaul rata. Jika rasa kurang manis, boleh tambah jumlahnya. Seterusnya masukkan campuran plantan dan minyak sapi yang telah dicairkan tadi.
4. Gaul rata sampai adunan boleh dikepal bulat-bulat.
5. Bila adunan habis dikepal, salut biskut tadi ke dalam bekas berisi susu tepung hingga rata.
Sedapnya Nasi Kerabu Golok perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Cukup lengkap dengan aneka hirisan ulam, sambal dan ayam bakar. Malah resipinya juga diolah supaya lebih sihat dan sesuai untuk orang yang sedap diet. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI NASI KERABU GOLOK
BAHAN-BAHAN:
Nasi berherba @ nasi biru
1 sudu makan sambal kelapa parut
1 sudu makan sambal isi ikan
2 genggam ulam
1 sudu teh (sudu kfc) sambal jantan
1 sudu teh (sudu kfc) budu
1 keping dada ayam bakar blackpepper
CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan di atas di dalam pinggan. Gaul rata dan nikmati segera bersama ayam bakar. 2. Boleh juga tambah keropok ikan goreng untuk menaikkan lagi keenakan nasi kerabu.
CARA MENYEDIAKAN BAHAN SAMPINGAN NASI KERABU
1. SAMBAL NYIUR @ KELAPA PARUT
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris nipis halia
1 batang serai
1 sudu makan gula perang rendah GI – boleh ganti dengan gula melaka
1/2 sudu makan garam bukit
1 sudu makan serbuk lada hitam
CARA MEMASAK: 1. Sangai kelapa parut hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan kisar ke dalam mesin blender.
3. Kisar semua bahan tanpa menggunakan air atau boleh juga ditumbuk. 4. Satukan bahan yang telah dikisar dalam kelapa parut tadi. Gaul sekata.
5. Sangai semula bahan yang digaul tadi menggunakan api perlahan untuk mengelakkan kelapa cepat rosak. Biarkan 2-3 minit sebelum ditutup apinya.
6. Sambal Kelapa siap disediakan.
2. SAMBAL ISI IKAN
BAHAN-BAHAN:
7-8 ekor ikan sardin @ selayang
1 sudu makan cuka
2 keping asam gelugur
2 hiris lengkuas
1/2 sudu makan garam bukit
1/2 inci nise @ manisan
Air secukupnya
1/2 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 sudu makan serbuk lada putih
Secubit garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Rebus ikan sardin / selayang. Caranya, susun ikan dalam periuk. Masukkan cuka, asam gelugur, lengkuas, garam bukit dan ‘nise’. 2. Tambahkan sedikit air. Rebus sehingga air ikan sedikit kering. 3. Kemudian, asingkan tulang dan isi ikan. Tumbuk isi ikan sedikit lumat.
4. Masukkan isi ikan ke dalam kuali. Tambah serbuk lada hitam, serbuk lada putih dan garam. Gaul sekata.
5. Sangai selama 5-6 minit atau sehingga isi ikan jadi kering. Padamkan api dan ketepikan.
3. AYAM BAKAR BLACKPEPPER
BAHAN-BAHAN:
4 ketul isi ayam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih – tumbuk lumat
Sedikit serbuk lada hitam
1 sudu teh garam bukit
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan dan lumurkan pada ayam. Perap selama 30 minit.
2. Panaskan kuali dengan sedikit minyak masak. Kemudian bakar ayam hingga masak.
4. NASI BERHERBA ( NASI KERABU BUNGA TELANG)
BAHAN-BAHAN:
10 kuntum bunga telang
Beras secukupnya – ikut jumlah yang anda hendak masak
Air yang telah disukat ikut jumlah beras yang dimasak
1 helai daun kunyit
1 batang serai – dititik
2 hiris halia
2 helai daun limau purut
CARA MEMASAK: 1. Buang tangkai bunga telang.Kemudian kisar dengan air hingga lumat.
2. Cuci beras hingga bersih kemudian masukkan air bunga telang tadi. 3. Masukkan juga daun kunyit, serai, halia dan daun limau purut.
4. Masak nasi seperti biasa.
5. SAMBAL JANTAN VERSI DIET
BAHAN-BAHAN:
1 genggam cili padi merah
1 biji lemon – ambil jusnya
1/2 sudu teh garam bukit
1/2 sudu teh gula perang @ brown sugar
Sedikit air
CARA MEMASAK: 1. Kisar semua bahan sehingga sedikit lumat. Masukkan dalam mangkuk dan sedia untuk digunakan. ( INFO: untuk menghasilkan rasa sambal yang sedap dan kurang pedas, seeloknya sambal dibuat lebih awal.)
6. BUDU ( Campur rata)
BAHAN-BAHAN:
1 mangkuk budu – apa-apa jenama
Perahan jus lemon atau limau nipis secukupnya
7. ULAM-ULAMAN NASI KERABU
BAHAN-BAHAN:
Daun kesum
Daun selom
Daun ulam raja
Daun kunyit
Bunga kantan
Serai
Timun jepun
Tauge
CARA-CARA: 1. Semua bahan ulam ( kecuali tauge) dihiris halus.