Resipi Puding Laici Bunga Telang Yang Super Sedap, Cara Nak Buat Pun Senang

Share

Puding Laici Bunga Telang enak dihidang ketika sejuk. Menggunakan santan sebagai salah satu bahan utama namun jika tidak suka santan, boleh sahaja gantikan dengan susu cair. Pendek kata terpulang pada cita rasa masing-masing. Warna biru daripada bunga telang menjadikan Puding Laici Bunga Telang ini nampak cantik dan menyelerakan. Ini resipinya yang dikongsikan oleh Siti Khairun Nur Akmal

RESIPI PUDING LAICI BUNGA TELANG

BAHAN-BAHAN:

ADUNAN 1:

6 gm serbuk agar-agar
7 sudu besar gula – BELI ONLINE
20 kuntum bunga Telang (direndam air panas)
1 tin laici (ambil air sahaja) –BELI ONLINE
600 ml air (setelah dicampur dengan air rendaman bunga telang dan air laici)

CARA MEMBUAT ADUNAN 1:

1. Buah laici disusun di dalam acuan. Ketepikan.

2. Campur agar-agar, gula, bunga telang dan air di dalam periuk. Kacau sebati. Buka api perlahan.

 

3. Kacau perlahan hingga mendidih. Tuang adunan ke dalam acuan. Biarkan sejuk dan sedikit keras.

ADUNAN 2:

300 ml air


300 ml santan
6 gm serbuk agar-agar
7 sudu besar gula
1 sudu kecil garam – BELI ONLINE

CARA MASAK ADUNAN 2:

1. Campur semua bahan adunan 2 kecuali santan. Kacau sebati.

2. Buka api perlahan. Kacau adunan hingga hampir mendidih.

3. Masukkan santan dan kacau seketika. Tutup api dan biar sedikit suam.

4. Tuang adunan 2 di dalam acuan. Pastikan adunan 1 tadi sedikit mengeras supaya adunan tidak bercampur.

 

5. Boleh tuang adunan selang-seli ikut cita rasa. Sejukkan di dalam peti sejuk. Hidangkan.

Sumber kredit: Siti Khairun Nur Akmal

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Has