Sedapnya Puding Milo Oreo. Jika dimakan sejuk-sejuk, pastinya sangat menyegarkan. Resipi yang dikongsi oleh saudari Fauziah Yahya ini pun mudah sahaja dan tidak menggunakan banyak bahan. Memang ‘ngam’lah. Malah beliau juga berkongsi perua membuat puding ini supaya setiap lapisannya melekat elok dan tidak terpisah bila dipotong. Jom cuba. Anak-anak dan suami pasti suka.
CARA MEMBUAT PUDING MILO OREO SEDAP & MELEKAT SEMPURNA
CARA MEMASAK: 1.Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut. 2.Kemudian masukkan gula. Kacau dan biarkan hingga larut baru masukkan susu cair. Masak hingga mendidih. Kacau betul-betul ya. 3. Asingkan 4 cawan adunan agar-agar ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo. Kacau hingga sebati. 4. Tuangkan 2 cawan campuran milo ke dalam loyang/acuan. Masa ini api untuk periuk adunan Milo dikecilkan dan sentiasa dikacau untuk elak agar2 membeku. 5. Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua Oreo.
Ads
6. Apabila permukaan agar-agar putih oreo sudah mengeras, tuang lapisan akhir dengan lebihan agar-agar milo. (puding akan ada 3 lapisan) 7. Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sudah dingin baru masukkan dalam peti sejuk.
TIP UNTUK MELAPIS SUPAYA PUDING MELEKAT SEMPURNA
1.Jangan tunggu sehingga lapisan membeku, takut tidak melekat dengan lapisan berikutnya. 2. Jika sudah mengeras, guriskan permukaan lapisan dengan garpu sebelum tuang lapisan seterusnya. 3. Pastikan adunan agar-agar sentiasa panas di atas api supaya dalam melekat dengan baik dengan adunan sebelumnya.
Sedapnya Udang Nestum. Resipi perkongsian saudari Nor Azian Iskandar ni tak guna banyak bahan tapi lihatlah hasilnya, nampak sangat menakjubkan. Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang ingin menyajikan sajian istimewa untuk keluarga. Rugi kalau tak cuba ni tau. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Sardin gulung adalah sejenis makanan yang sesuai dimakan pada bila-bila masa. Namun selalunya dimakan ketika sarapan dan minum petang.
Dibuat menggunaka tepung gandum dan intinya daripada sardin yang dimasak. Boleh dibuat pedas ataupun tidak pedas bergantung kepada cita rasa masing-masing.
Melalui facebook Farisha Sofea, resipi sardin gulung dikongsikan kepada ahli group Rasa Share Resipi. Jom kita lihat resipinya
SARDIN GULUNG
BAHAN A
4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam
BAHAN B
1/4 cawan minyak masak (dipanaskan)
2 sudu besar marjerin (dicairkan)
Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH
1. Masukkan semua BAHAN A ke dalam bekas. Gaul sebati.
2. Kemudian, masukkan BAHAN B pula. Gaul sampai jadi seperti serbuk.
3. Tambahkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga terbentuk doh.
4. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bulatkan.
5. Rehatkan doh sebelum digunakan.
6. Canaikan doh dan bentukkan bulat bujur seperti buah pir.
7. Untuk bahagian hujung yang tirus itu, kelarkan sedikit dan dicanai nipis. Ini supaya apabila digulung nanti, tidak perlu letak air. Ia akan melekat.
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
1/2 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (dicencang)
1 sudu besar cili giling
Sos cili
1 tin besar sardin
Gula dan garam secukup rasa
Air perahan limau nipis
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
2. Masukkan cili giling. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos cili.
4. Masukkan sedikit air jika perlu.
5. Masukkan pula sardin dan hancur hancurkan.
6. Tambahkan gula dan garam.
7. Akhir sekali perahkan limau. Kacau rata. Masak sehingga kering. Matikan api.
Nak tau macam mana nak buat laksam yang lembut dan tidak melekat pada tudung periuk atau loyang. Korang boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Bukan hanya cara buat laksam je, cara buat kuah yang lemak berkrim tu pun turut disertakan supaya korang boleh bangga dengan hasil laksam air tangan sendiri dalam mood raya PKP ni.
LAKSAM KUAH LEMAK BAHAN-BAHAN: BAHAN LAKSAM:
2 1/2 cawan tepung beras cap teratai 1/2 cawan tepung gandum 3 cawan air panas 2 cawan air sejuk 1/2 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak Tudung periuk atau pizza non stick pan BAHAN KUAH: 1 kg ikan kembung/selayang | rebus sekejap,kisar isi ikan hingga halus 1/2 kg santan pekat 10 ulas bawang merah | tumbuk halus 4 ulas bawang putih | tumbuk halus 1 inci halia | tumbuk halus 1 sudu makan lada hitam | tumbuk halus 2 keping asam gelugor Garam secukup rasa 1 sudu the gula | tambahan sahaja jika suka BAHAN HIRISAN: 1 batang timun | hiris halus memanjang Kacang panjang secukupnya | hiris halus 1 mangkuk tauge yang telah dibersihkan Kubis secukupnya | hiris halus Daun kesum secukupnya | hiris halus Bunga kantan | hiris halus BAHAN TAMBAHAN: Sambal Cili
CARA MEMASAK:
Bancuh semua bahan sebati. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih.
Masukkan satu senduk atau dua senduk adunan ke dalam tudung periuk atau loyang bulat atau pizza non stick pan dan kukus hingga masak.
Bila permukaan menggelembung maknanya laksam dah masak, angkat dan sejukkan sebelum digulung.
Setelah gulung ketepikan.
Cara masak kuah: Campurkan bahan kisar halus dengan isi ikan yang telah dikisar tadi dalam periuk.
Reneh bersama asam gelugor dan kacau sekali sekala.
Tambahkan santan ke dalamnya bersama garam, lada hitam kisar dan gula jika suka. Jika terlalu pekat tambah sedikit air.
Bila sudah cukup rasa masam, masin dan lemaknya.
Selepas 2-3 minit, tutup api.
Hidangkan bersama, laksam yang telah dipotong, bersama hirisan sayur dan sambal cili
Nota: Bila dah tutup api pun kena selalu kacau hingga wap hilang