Jika sedang mencari resipi puding mudah, apa kata cuba puding biskut cream crackerrs ini. Hanya gunakan empat bahan saja tapi hasilnya memang enak.
Rasanya yang lemak manis dengan tekstur lembut, lapisannya boleh pelbagaikan. Nak letak Milo boleh, pewarna pun boleh. Puding ini juga tak menggunakan sebarang tepung.
25 keping biskut cream crackers
4 biji telur
½ cawan susu pekat manis
2 sudu besar gula perang
Air panas secukupnya untuk rendam biskut
Pewarna pilihan / milo (optional)
1. Sediakan loyang bersaiz 7×7 inci, sapu sedikit minyak untuk elak melekat.
Boleh juga guna acuan kecil untuk lebih mudah hidang & cepat masak.
2. Rendam biskut cream crackers dalam air panas hingga kembang. Toskan.
3. Masukkan biskut yang telah kembang, telur, susu pekat dan gula perang ke dalam pengisar. Kisar hingga halus dan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau lebih, ikut kreativiti.
Masukkan pewarna atau serbuk Milo jika suka.
5. Tuang adunan selapis demi selapis ke dalam loyang, kukus setiap lapisan selama 5 minit.
6. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 10 minit. Buka penutup kukusan pada 5 minit terakhir supaya permukaan puding lebih kering dan cantik.
Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang. Nak makan sejuk-sejuk dari peti ais pun boleh… lembut, lemak, puas hati!
INFO
Kredit resipi & foto Mas Cotek
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA