Sedapnya Puding Roti Keju Chocolate Chip perkongsian saudari Maslina Meor Radhi ni. Hanya guna lebihan roti yang diolah menjadi pemanis mulut yang enak. Cara pembuatannya pun sangat mudah. Puding Roti Keju Chocolate Chip ni juga sangat lembut dan gebu. Sesuai sangat buat sebagai manisan pencuci mulut.
CARA MUDAH BUAT PUDING ROTI KEJU CHOCOLATE CHIP
BAHAN-BAHAN
10 keping roti
2 cawan susu segar
1/2 cawan gula perang
250 gm krim keju
1 biji telur
Coklat cip/ potongan coklat
Vanila Essence
CARA MEMASAK: 1. Potong 4 roti dan susun dalam loyang hingga habis.
2. Tuangkan susu segar atas roti. Rendam dalam 15 minit. 3. Pukul keju sampai gebu dan masukan telur. Pukul lagi.
4. Dalam bekas yang lain masukkan gula perang dan essen vanila. Pukul lagi hingga sebati. 5. Masukkan adunan keju ke atas roti dalam loyang tadi. 6. Taburkan coklat cip/potongan coklat di atas roti.
Ads
7. Bakar suhu 180C selama 20 minit. Kemudian turunkan ke 150C. Bakar lagi dalam masa 40 minit. Ketuhar perlu buka kipas dan guna api atas bawah.
Kuih Telur Kubis. Nampak sangat sedap dan menggiurkan. Menurut perkongsian saudara Muliadi Ramli, kuih ini adalah kuih tradisi orang Terengganu. Namun kini ia sukar diperolehi. Amat rugi kalau resipi warisan ini tidak dijaga. Apa kata cuba hasilkan untuk sajian minum petang keluarga. Makan panas-panas pasti berselera. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI KUIH TELUR KUBIS TERENGGANU
BAHAN A (KULIT KUIH) 500gm tepung gandum – beli online disini 2 sudu makan marjerin – beli online disini 1 biji telur Garam & gula secukup rasa Perasa secukupnya Air secukupnya
CARA MEMBUAT DOH: 1. Masukkan tepung, marjerin, garam, gula, telur dan perasa dalam satu bekas. Gaul hingga sebati. 2. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sehingga menjadi doh. 3. Pastikan doh tepung tidak terlalu keras dan tidak lembik. Kena uli sampai doh tidak melekat di jari. 4. Biarkan doh selama 1-2 jam.
5. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan bulat-bulatkan doh seperti membuat roti canai. 6. Sapukan marjerin pada doh dan biarkan dalam bekas selama 3 jam. Kalau biar selama satu malam lagi bagus.
7. Ketepikan bahan untuk kulit dan sediakan inti pula.
BAHAN B (INTI IKAN) 9 ekor ikan selayang/sardin – dibersihkan 1 kotak kecil santan – beli online disini 3 biji bawang merah – beli online disini 1 ulas bawang putih – beli online disini 1 inci halia Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Ikan direbus dan diasingkan isinya. 2. Tumbuk isi ikan dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris nipis. Tumbuk lagi hingga semua bahan lumat. 3. Masukkan bahan tumbuk ke dalam kuali bersama santan, garam dan gula secukupnya. Kacau sehingga sambal kering atau lembap. 4. Siap dan sejukkan inti.
BAHAN C (SAYUR) 1/2 biji kubis 1 biji bawang holland – beli online disini 10 tangkai cili padi merah dan hijau – lebihkan jika suka pedas (semua bahan C dimayang dan hiris nipis)
BAHAN D (TELUR) 4 biji telur – pukul telur & letak sedikit garam
CARA MEMASAK: 1. Untuk menyediakan Kuih Telur Kubis pertama sekali ambil doh dan canai hingga nipis.
2. Letak inti ikan, hirisan sayur kubis, hirisan bawang holland, hirisan cili dan sedikit bancuhan telur. Kemudian lipat doh dan pastikan inti tidak terkeluar.
3. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali dan goreng hingga agak kekuningan. Angkat dan toskan minyak.
4. Kemudian ambil doh seterusnya, uli dan jadikan nipis. 5. Ambil doh yang telah digoreng tadi dan letak pada doh. Masukkan inti ikan, sayur, cili dan bancuhan telur. Bungkus kemas. (ulang proses yang pertama tadi).
6. Goreng doh untuk kali kedua dan untuk kali ketiga, juga ulang proses yang sama. (Kuih Telur Kubis ini akan jadi 3 lapis).
7. Bila siap lapisan ketiga, boleh potong kuih dan sedia untuk dinikmati.
Sedap kalau makan Roti Kering ni sambil cicah Kopi O panas. Ada geng, sebungkus pun tak cukup. Kalau anda suka makan Roti Kering ni apa kata anda cuba buat sendiri secara homemade. Resipi perkongsian saudari Ayu Watie ni memang mudah. Cubalah.
RESIPI BISKUT ROTI KERING HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Roti sandwic
Marjerin
Gula
CARA MEMASAK:
1. Ambil roti sandwic dan potong empat. Lakukan hingga habis.
2. Sapu marjerin dan tabur gula pada roti dengan secukupnya.
3. Susun dalam dulang dan bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit.
4. Keluarkan, biarkan sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.
Hotel Crystal Crown PJ memang kaya dengan idea bakeri dan pastrinya. Chef Pastri, Chef Mohd Shafeeq Shahrom Nuwi berkongsi resipi pistachio biscotti dan karipap pastri ayam yang sungguh enak.
.
Biscotti dibakar dua kali untuk rasa rangup dan ringan berongga. Manakala karipap ayam penuh berperisa dengan kulit pastri puff memang terbaiklah. Berbaloi untuk dicuba, boleh dijadikan sajian petang yang menambat selera.
PISTACHIO BISCOTTI BAHAN-BAHAN :
3 biji telur
200gm tepung gandum
140gm gula
3gm tepung penaik
150gm kacang pistachio | panggang
CARA MEMASAK: 1. Masukkan tepung dan gula dan pukul sehingga rata. 2. Masukkan tepung dan pistachio, kacau hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan. 3. Panaskan oven dalam suhu 160 darjah celcius dan bakar selama 30 minit 4. Biarkan sejuk seketika dan kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 3 jam atau lebih. 5. Kemudian keluarkan, dan potong adunan nipis nipis 6. Panaskan oven dan bakar sekali lagi selama 15 minit pada suhu 150 darjah celcius, sehingga menjadi rangup. 7. Sejukkan seketika dan sedia untuk dihidangkan
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar selama dua kali Jenis masakan : Biskut berasal dari Itali Keistimewaan : Ringan dan rangup Anggaran kos : RM 20
Info Chef : Perkataan biscotti bermaksud dari perkataan Latin bermaksud dua kali bakar . Biskut ini teksturnya rangup kering dan ringan, sedap dimakan dengan mencicahnya dalam air kopi atau teh
CHICKEN CURRY PUFF BAHAN-BAHAN :
6 keping puff pastri | siap dijual di pasaraya
1 cawan isi ayam | dibuang tulang
1 biji bawang besar | dicincang
1 biji telur | dipukul
1/4 cawan air | untuk memasak inti
2 sudu besar minyak masak | untuk menumis inti
1 sudu teh garam | atau secukup rasa
1 sudu teh serbuk kari
3 biji telur rebus | dibelah dua.
2 biji kentang
CARA MEMASAK :
Untuk inti : 1. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang besar dan tumis hingga naik bau. 2. Masukkan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak 3. Masukkan kentang hingga empuk, dan masukkan ayam. Perasakan dengan garam 4. Tutup kuali dan biarkan mereneh dengan api perlahan 4. Masukkan air, dan tutup semula dan biarkan hingga inti betul-betul masak. 5. Potong telur rebus belah dan ketepikan.
Untuk menyediakan curry puff : 1. Ambil kepingan pastri puff dan potong tiga segi atau bentuk yang dikehendaki. 2. Masukkan 1 1/2 sudu besar inti dan letakkan ditengah,masukkan hirisan telur rebus, ambil lagi sekeping pastri dan tutup di atasnya 3. Tekan keliling pastri, boleh gunakan garfu sampai melekat. 4. Sapukan telur yang dipukul di atasnya, agar ia masak emas keperangan. 5. Bakar di dalam ketuhar, selama 12 minit (atau sampai keperangan) dalam ketuhar bersuhu 160 darjah C.
Saiz hidangan : 4 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Bakar Jenis masakan : Paf dan pastri Keistimewaan : Inti kari ayam dan telur rebus mengenakkan pastri puff Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Jika anda memilih untuk membuat pastri sendiri, simpan dalam peti sejuk dan buat sehari lebih awal.
RESEPI : CHEF PASTRI, CHEF MOHD SHAFEEQ SHAHROM NUWI TERIMA KASIH : Crystal Crown Hotel Petaling Jaya, No. 12, Jalan Utara, PJS 52, Petaling Jaya, Selangor