Resipi Puding Roti Marble Mudah. Guna Agar-Agar Bertali Je. Anda Kena Cuba Ni.

Share

Jika ada lebihan roti yang dah hampir keras dan nak tamat tempoh, anda boleh hasilkan Puding Roti ni. Dari dibiarkan begitu sahaja, lebih baik gunakannya untuk menghasilkan manisan yang sedap ni. Jom cuba!

PUDING ROTI MARBLE

BAHAN-BAHAN:

  • 10gm agar-agar tali
  • 3 cawan air

BAHAN KISAR:

  • 4 keping roti | dicarik
  • 1 cawan susu cair
  • 1 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 2 sudu makan marjerin
  • Beberapa pewarna pilihan

CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. Masak hingga pekat.
  3. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan menggunakan pewarna pilihan.
  4. Tuang adunan yang telah diwarnakan tadi ke dalam bekas bersesuaian secara berselang-seli. Tuang perlahan-lahan.
  5. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & gambar: Norlida Salleh 

Published by
Nur