Anda suka makan Puding Sagu Gula Melaka? Bagi yang tercari-cari resipi mudah, sedap dan tak guna banyak bahan, perkongsian dari Opah Mas Cotek ni boleh dicuba. Masa memasaknya pun tidak lama. Pasti puas hati. Cubalah. Sesuai disediakan untuk sebarang majlis keraian dan juga boelh dinikmati pada bila-bila. Nak lagi sedap? Makan sejuk-sejuk. Memang nikmat tak terhingga.

CARA MASAK PUDING SAGU GULA MELAKA YANG SEDAP, MUDAH & TAK GUNA BANYAK BAHAN

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

BAHAN-BAHAN:

1 cawan sagu beli online disini
5 cawan air
Sedikit pewarna yang disukai – beli online disini
Air secukupnya
Susu cair @ santan yang dimasak dengan sedikit garam – beli online disini

BAHAN SIRAP GULA MELAKA:

2 ketul gula melaka – beli online disini
1/2 cawan gula pasir – beli online disini
1 ½ cawan air
2 helai daun pandan

CARA MEMASAK:

1. Satukan bahan-bahan sirap gula melaka. Masak hingga larut. Kemudian tapis dan sejukkan.

Ads

2. Untuk memasak sagu, masukkan air ke dalam periuk dengan secukupnya. Biarkan mendidih.

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

3. Kemudian masukkan pewarna dan juga sagu. Kacau dan masak hingga sagu menjadi jernih.

4. Angkat, tuang sagu ke dalam penapis dan alirkan air bagi membuang kanji. Toskan.

5. Masukkan sagu ke dalam acuan yang telah disapu dengan sedikit minyak. Sejukkan.

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

6. Untuk menghidang, keluarkan sagu dari acuan. Tuang susu cair atau santan dengan secukupnya.

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

7. Tuang sirap gula melaka. Sedia untuk dinikmati.

Ads

Resipi Puding Sagu Gula Melaka Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Kredit resipi & foto: Mas Cotek

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Ads

Resipi Ikan Siakap 3 Rasa Cara Orang Thailand Masak

Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!

Resipi Tat Telur Sedap Buat Guna Roti Sandwich

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI