Makan

Resipi Puding Sagu Mutiara Yang Enak & Cantik

Share

Selain dibuat kuih, dimasukkan dalam bubur sagu juga boleh dijadikan puding. Antara yang enak dan menarik adalah puding sagu mutiara. Simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk memanglah nikmat.

Resipi puding sagu mutiara

Bahan-bahan

1 paket agar serbuk (10gm)
1 paket sagu biji (100 gm)
90 gm gula pasir
1sb tepung jagung
2sdm susu pekat manis
200 ml santan kara
700 ml air
2 helai daun pandan
1 sdt garam
Pewarna hijau/merah utk sagu biji
Loyang 7 inci

Cara memasak

1. Untuk membuat lapisan atas masak air panas secukupnya sampai mendidih kemudian masukkan sagu biji. Masak hingga kembang rata.

2. Letakkan pewarna merah atau hijau dan sedikit garam. Masak hingga sagu bijinya masak tanpa ada warna putih di tengahnya.

3. Setelah masak ditapis dan cuci dengan air sejuk. Ketepikan.

4. Bagi membuat lapisan pudding bawah, masukkan air, serbuk agar-agar, gula, tepung jagung, susu pekat manis, santan dan daun pandan dalam periuk. Kacau rata.

5. Masak guna api sederhana dan sentiasa kacau terus supaya santan tak pecah.
Apabila puding mendidih matikan api.

6. Masukkan puding ke dalam loyang dan sejukkan sebentar hingga wap panasnya hilang. Kemudian masukkan sagu mutiara dulu ke dalam loyang dengan rata.

7. Apabila wapnya hilang boleh simpan di peti sejuk salama 3 jam. Selepas itu baru boleh disajikan.

Kredit resipi & foto: Sue Suria

 

Published by
Rose