Nampak menarik betul resipi puding swiss roll ni. Resipi ni boleh olah juga guna jenis kek swiss roll perisa apa yang kita suka. Cara penyediaan pun sangat mudah dan tak terlalu susah untuk disiapkan. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dijumpa di pasaraya berdekatan dengan rumah. Resipi ni dikongsikan Mr. Ali di Facebook ni meraih sambutan yang sangat hangat. Air tangan lelaki ni memang lain macam sikit kalau dah pandai memasak, betul tak? Apa kata korang cuba redipi puding swiss roll ni nanti? Bolehlah buat stok minum petang.
Dapur bersepah?? Gunalah Muzy 3 Layer Anti Dust Dish Storage Boxbarang dapur tersimpan rapi confirm tak sakit mata lepas ni! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5disini!!!
Ads
CARA PENYEDIAAN:
– Panaskan 900 ml air bersama sama 12 gram agar agar tali atau boleh pakai serbuk agar agar dan 185 gram gula .
-Bila agar agar dah terurai, gula dah larut and mendidih sila masukkan satu titik or dua titik pewarna hijau. Kacau hingga tiada ketul dan warna sebati . Dh sebati off api. Tunggu dalam 2-3 minit.
-Masukan agar agar tadi kedalam bekas. Masukan dalam 2-3 senduk sahaja . Boleh rujuk gambar.
Ads
– Selepas tu masukkan swiss roll yg siap dipotong. Susun keliling dinding bekas. Seterusnya potong kecil kecil dan mampatkan biar ia jadi satu layer swiss roll. Rujuk gambar
– Masukkan lagi agar agar sedikit demi sedikit sampai agak agak dah menutupi lapisan swiss roll tadi. Masukan dalam peti atau chiller selama 10 minit bagi dia set
– Sementara itu lebihan agar agar tadi on atas api balik dan masukkan 135 susu full cream atau boleh pakai susu cair. Kacau sebati. Dah sebati off api. Ketepikan dalam 4-5 minit
Juadah negara Asia memang terkenal dengan penggunaan rempah dan rasa pedasnya. Di China masakan yang menggunakan rempah ratus dalam masakannya kebanyakannya berasal dari Sichuan dan Hunan,yang terkenal dengan penggunaan rempah ‘peppercorn’ Sichuan (Szechuan), campuran serbuk rempah lima sekawan iaitu kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, peppercorn Sichuan dan jintan.
Berbeza dengan juadah China di wilayah lain, juadah di sini agak pedas dan kaya dengan rempah ratusnya. Jom kita lihat resepi dari barisan tenaga pengajar muda dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Peretak iaitu Norshazila Mohamed Rahman,Norazilah Abd Rahman,dan Harmayah Argadan
.
1. MA PO TOFU
.
BAHAN-BAHAN :
200gm daging cincang
2 batang tauhu lembut | dipotong dadu
½ cawan air stok ayam
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan gula
1 sudu makan minyak bijan
3 ulas bawang putih | dicincang
2 sudu makan halia | dicincang halus
2 tangkai daun bawang | dihiris halus
1 sudu makan taucu
½ sudu teh Sichuan pepper corn | dikisar halus
2 sudu makan minyak cili
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, halia, tauchu peppercorn Sichuan, minyak cili, minyak bijan dan kicap cair. Masukkan daging cincang serta perasakan dengan garam dan gula. Biarkan hingga daging masak dan sebati dengan kuah sos yang dimasak tadi.
2. Masukkan tauhu yang telah dipotong dadu.
3. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah dicampur dengan stok ayam. Masak hingga pekat.
4. Tabur dengan daun bawang untuk dimakan bersama nasi panas
Saiz hidangan : 3 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Ma Po Tofu adalah kombinasi dari tauhu lembut dengan rasa pedas
Anggaran kos : RM 20
INFO CHEF : Tauhu perlu direbus dahulu dengan sedikit garam supaya tauhu tidak hancur ketika digaul bersama sos.
2. HOT & SOUR GLASS NOODLES
.
BAHAN-BAHAN :
250gm suhun (glass noodles)
2 sudu makan kacang tanah | digoreng terlebih dahulu
1 sudu makan minyak kacang tanah
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 tangkai daun bawang | dihiris
2 sudu makan cuka
1 sudu teh peppercorn Sichuan | dikisar halus
50gm daun ketumbar | dihiris
1 sudu teh serbuk rempah 5 sekawan
1 sudu makan minyak cili
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan jeruk lobak masin
1 sudu makan kicap cair
500ml stok ayam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak kacang tanah dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
2. Ambil satu mangkuk dan masukkan minyak bawang putih tadi, peppercorns Sichuan, minyak cili, serbuk rempah 5 sekawan, kicap, minyak bijan, jeruk lobak masin, cuka dan garam secukupnya.
3. Panaskan air stok ayam, celur suhun ke dalamnya sehingga lembut dan kemudian masukkkan suhun dan air stok ayam ke dalam mangkuk tadi, gaul hingga sebati.
4. Hias dengan daun bawang, daun ketumbar dan kacang tanah.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan celur
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Suhun berempah yang kaya dengan rasa kacang tanah
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Suhun tidak perlu dicelur terlalu lama untuk mengelakkan daripada hancur.
3. CHICKEN WITH CHINESE MUSHROOM
.
BAHAN-BAHAN :
350gm ayam
50gm cendawan shitake
2 sudu makan cuka
3 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun bawang | ambil batang yang putih di pangkal
CARA MEMASAK :
1. Di dalam mangkuk rendam cendawan shitake dalam 20 minit dengan air panas sehingga kembang dan lembut. Ketepikan seketika
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih yang telah dicincang. Kemudian masukkan ayam, cuka, bunga lawang, serbuk rempah 5 sekawan, kicap cair, kicap pekat, cili kering, minyak bijan dan perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga sebati
3. Masukkan air dan cendawan shitake kemudian tutup seketika dalam 10-15 minit sehingga ayam empuk. Biarkan ia mereneh
4. Angkat dan taburkan daun bawang dan hirisan halia sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 45 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Sajian sihat ayam dan cendawan menggunakan kaedah mereneh
Anggaran kos : RM20
INFO CHEF : Pastikan api perlahan masa mereneh.
4. STIR FRY SZECHUAN BEEF AND BROCCOLI
.
BAHAN-BAHAN :
350gm daging batang pinang | dihiris nipis
100gm brokoli | dipotong floret *teknik memotong
3 ulas bawang putih | dicincang
½ labu bawang Holland | dihiris
2 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
3 tangkai cili kering | dipotong pendek
Garam secukup rasa
2 batang daun bawang | ambil batang yang berwarna putih
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh bijan putih | disangai
20gm gajus | disangai
3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih, peppercorn Sichuan, kicap cair, kicap pekat, cili kering sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan daging batang pinang yang sudah dihiris nipis, minyak bijan dan sayur brokoli, perasakan garam.
3. Taburkan gajus dan bijan putih. Hias dengan hirisan daun bawang.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian utama, China
Keistimewaan : Rasa pedas peppercorn Sichuan dan lada kering sungguh melazatkan
Anggaran kos : RM40
INFO CHEF : Memasak cara stir fry ini menggunakan hanya minyak yang sedikit.
5. STIR FRY DUMPLING INTI UDANG DAN BAYAM (China)
.
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti dumpling :
200gm isi udang | dihancurkan
100gm bayam | dicincang
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu makan lobak masin
1 sudu makan peppercorns Sichuan | dikisar halus
Garam secukup rasa
2 sudu makan cuka
2 sudu makan tepung jagung
1 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak
15 keping kulit wonton
Bahan menumis :
50gm lobak merah | dipotong halus batang mancis (fine julienne)
50gm lobak merah | dipotong halus fine julienne
1 sudu makan halia | disagat halus
3 ulas bawang putih | dicincang halus
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan minyak masak
1 sudu makan minyak bijan
CARA MEMASAK :
1. Mula-mula sediakan bahan-bahan inti dumpling, gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali tepung jagung dan air.Perasakan dengan garam secukupnya.
2. Ambil sekeping kulit wonton dan satu sudu teh inti dumpling, kemudian lipat dua. Gunakan tepung jagung yang telah dicampur dengan sedikit air sebagai pelekeat kulit wonton.
3. Panaskan minyak dalam kuali, gorengkan dumpling dalam 10 minit dan ketepikan
4. Kemudian panaskan minyak tumiskan bawang putih yang telah dicincang halus, tumis sayur lobak merah, timun dan halia sehingga masak.
5. Masukkan kicap cair, minyak bijan dan perasakan dengan garam.
6. Kemudian masukkan dumpling yang telah digoreng sebentar tadi, kacau sebati.
7. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 40 minit
Cara memasak : Tumis dan goreng
Jenis masakan : Sajian pembuka selera, China
Keistimewaan : Enak dimakan begitu sahaja dengan ramuan peppercorn Sihuan sungguh berperisa
Anggaran kos : RM 30
INFO CHEF : Terdapat pelbagai kaedah memasak dumpling selain menggoreng , boleh juga dididihkan atau direbus dan juga dikukus.
RESIPI : NORSHAZILA MOHAMED RAHMAN, NORAZILAH ABD RAHMAN & HARMAYAH ARGADAN
Terima kasih : Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Ampang Pechah, Kampung Ampang Pechah, Kuala Kubu Baru, Selangor. http://kemahiran.kbs.gov.my/index.php/ms/ikbn-peretak-laman-utama
Bayam Brazil ni memang banyak guna. Macam-macam hidangan boleh masak guna sayur ni. Masak lemak boleh, goreng belacan boleh, celup tepung pun sedap. Salah satu resipi mudah yang boleh cuba masak adalah Kerabu Bayam Brazil bersama Mangga perkongsian saudari Mimi Mahmud. Sangat simple tapi rasanya sedap. Tengok gambar je pun nampak menyelerakan. Jom cuba.
CARA MASAK KERABU BAYAM BRAZIL BERSAMA MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga epal – mayang halus
1 cekak bayam brazil – bersihkan & boleh hiris halus jika daun terlalu lebar
8 biji cili padi
2 biji cili merah
4 ulas bawang merah
Belacan sebesar ibu jari
Kelapa parut anggaran RM1 ( dalam 1 cawan)
Santan RM1 ( anggaran 1 cawan)
Udang kepal secukupnya ( udang geragau kering)
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan, 1 ulas bawang merah dan kelapa parut hingga lumat. 2. Masukkan bahan tumbuk tadi ke dalam bekas berisi hirisan mangga, bayam brazil, udang kepal, bawang merah yang dimayang dan santan. 3. Gaul semua bahan hingga rata dan perasakan dengan garam, gula dan perasa dengan secukupnya.
4. Gaul sekali lagi dan rasa. Jika cukup semua, sedia untuk dihidangkan.
Walau sejauh mana kita merantau dan hidup dalam dunia moden, aneka masakan kampung tentunya sentiasa menjadi pilihan. Walaupun ringkas, tapi kepuasan dalam setiap suapan tu memang sukar digambarkan. Bagi anda yang teringin nak masak lauk kampung simple, ini antara resipi yang boleh dicuba. Memang sedap & buka selera.
1. GULAI LEMAK NANAS IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
3 biji nanas sederhana besar | kupas, belah empat, buang empulur dan hiris sederhana tebal
1kg ikan masin talang | cuci dan rendam 30 minit dan toskan
5 batang serai | diketuk
5 helai daun kunyit | disiat
2 keping asam gelugur
1 liter santan cair
2 kg santan pekat
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS:
10 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
3 biji cili merah
20 biji cili api | lebihkan jika mahu pedas
1 inci kunyit hidup
CARA MEMASAK:
Masukkan bahan-bahan kisar halus dan serai yang telah diketuk ke dalam periuk.
Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Tambah ikan masin dan nanas. Kacau rata dan masak hingga nanas 1/2 empuk. Tuang sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur dan tuang pati santan. Kacau perlahan.
Masukkan daun kunyit dan sedikit gula. Masak sekejap dan rasa, jika perlu, baru tambahkan garam secukup rasa. Biar mendidih sekejap dengan api kecil dan kacau selalu. Boleh matikan api.
Sedia untuk dihidangkan
2. IKAN KEMBUNG GORENG CILI
BAHAN-BAHAN:
6 ekor ikan kembung | dilumur garam dan digoreng
4 sudu makan kicap manis
2 sudu makan kicap pekat
4 sudu makan sos cili
5 biji cili padi | dikisar
4 biji bawang merah | dikisar
2 ulas bawang putih | dihiris
1 biji bawang besar Holland | dihiris
1cm halia | dihiris halus
Sedikit serbuk lada hitam
8 biji cili padi | dibuang tangkai
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing.
Kemudian masukkan hirisan bawang putih, bawang besar, halia dan cili padi. Kacau sehingga naik bau.
Seterusnya masukkan kicap manis, kicap pekat, serbuk lada hitam dan sos cili. Kacau rata. Tambahkan sedikit air. Biarkan mendidih.
Masukkan ikan. Perasakan dengan garam jika perlu. Gaul rata dan biarkan mendidih seketika.
Sedia untuk dinikmati.
3. SAMBAL IKAN TONGKOL
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan tongkol saiz sederhana | dipotong kecil
6 biji bawang merah | dikisar
20 tangkai cili kering | direndam air panas dan dikisar
1cm belacan | dikisar
2 biji bawang besar | dihiris
4 keping asam gelugur
Sedikit garam kasar
Sedikit garam halus
Gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Bersihkan ikan dan susun di dalam periuk. Tabur garam kasar dan tiga keping asam gelugur.Rebus menggunakan api kecil sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan seketika.
Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. Masukkan satu keping asam gelugur, garam dan gula. Gaul rata.
Masukkan ikan yang digoreng tadi bersama hirisan bawang besar. Gaul sehingga semua bahan sekata dan bawang sedikit layu.
Sedia untuk dinikmati.
4. LAWA MANGGA MUDA
BAHAN-BAHAN:
5kg mangga muda | disagat halus
1kg santan kelapa | anggaran mengikut kesesuaian dan jenis manga
300gm cili kisar | guna cili kering china
Sedikit cili padi | mengikut tahap kepedasan yang diingini
60gm lada hitam kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan sekejap santan menggunakan api sederhana namun jangan sampai pecah minyak.
Masukkan cili kisar dan biarkan masak lebih kurang 2-3 minit sahaja dengan api sangat perlahan. Ia bertujuan untuk memastikan lawa mangga tahan lama.
Satukan mangga dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!