Resipi Puding Swiss Roll Dari Air Tangan Lelaki

Share

Nampak menarik betul resipi puding swiss roll ni. Resipi ni boleh olah juga guna jenis kek swiss roll perisa apa yang kita suka. Cara penyediaan pun sangat mudah dan tak terlalu susah untuk disiapkan. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dijumpa di pasaraya berdekatan dengan rumah. Resipi ni dikongsikan Mr. Ali di Facebook ni meraih sambutan yang sangat hangat. Air tangan lelaki ni memang lain macam sikit kalau dah pandai memasak, betul tak? Apa kata korang cuba redipi puding swiss roll ni nanti? Bolehlah buat stok minum petang.

PUDING SWISS ROLL

TIP: GUNAKAN LOYANG 8 INCI

BAHAN-BAHAN:

– 900 ml air

-185 gram gula – BELI DISINI

– 12 gram agar agar tali / serbuk agar agar – BELI DISINI

– pewarna hijau

-satu paket swiss roll ( boleh beli di giant/ lotus)

– 135 gram susu full cream / susu cair – BELI DISNI

 

Dapur bersepah?? Gunalah Muzy 3 Layer Anti Dust Dish Storage Box barang dapur tersimpan rapi confirm tak sakit mata lepas ni! Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5 disini!!!

 

 

 

CARA PENYEDIAAN:

– Panaskan 900 ml air bersama sama 12 gram agar agar tali atau boleh pakai serbuk agar agar dan 185 gram gula .

-Bila agar agar dah terurai, gula dah larut and mendidih sila masukkan satu titik or dua titik pewarna hijau. Kacau hingga tiada ketul dan warna sebati . Dh sebati off api. Tunggu dalam 2-3 minit.

-Masukan agar agar tadi kedalam bekas. Masukan dalam 2-3 senduk sahaja . Boleh rujuk gambar.

– Selepas tu masukkan swiss roll yg siap dipotong. Susun keliling dinding bekas. Seterusnya potong kecil kecil dan mampatkan biar ia jadi satu layer swiss roll. Rujuk gambar

– Masukkan lagi agar agar sedikit demi sedikit sampai agak agak dah menutupi lapisan swiss roll tadi. Masukan dalam peti atau chiller selama 10 minit bagi dia set

– Sementara itu lebihan agar agar tadi on atas api balik dan masukkan 135 susu full cream atau boleh pakai susu cair. Kacau sebati. Dah sebati off api. Ketepikan dalam 4-5 minit

Then tuang atas lapisan agar agar tadi

– setkan 2-3 jam then boleh makan!

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Mr.Ali

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion Majalah Rasa:

Published by
Nadzirah Rashid