Lemak manis dan enak dinikmati sejuk. Sesuai juga dijadikan sebagai buah tangan buat sanak saudara.
BAHAN-BAHAN:
- 10gm serbuk agar-agar
- 600ml air
- 1 tin susu cair
- 180gm gula
- 1 sudu makan tepung kastad
- Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK:
- Satukan serbuk agar-agar, air dan gula.Masak hingga semua bahan larut.
- Tuang susu cair ke dalam adunan. Kacau sebati dan biarkan mendidih.
- Ambil satu setengah cawan adunan tadi dan masukkan ke dalam periuk lain.Masukkan pewarna kuning dan juga tepung kastad. Kacau sehingga kelihatan likat.
- Tuang adunan kuning ke dalam acuan kuih lompang. Biarkan mengeras.
- Apabila bahagian kuning telah keras, keluarkan dari acuan dan letakkan di tengah-tengah dalam acuan bulat yang bersesuaian.
- Tuangkan adunan berwarna putih dan pastikan bahagian kuning mestilah menonjol sedikit dari bahagian putih.Untuk menampakkan bentuk seperti telur mata separuh masak.
- Sejukkan dan bolehlah dinikmati.