Nampak sedap kan Puding Tembikai resipi perkongsian Opah Mak Cotek ni. Bahan-bahannya sangat ringkas malah sangat mudah untuk dihasilkan. Sesuai sangat dicuba terutamanya di musim jamuan akhir tahun persekolah anak-anak ni. Cubalah. Pasti puas hati.
CARA MASAK PUDING TEMBIKAI
BAHAN A:
- 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
- 4 cawan air
BAHAN B (dikisar):
- 3 keping roti putih ( roti sandwic)
- 1 biji telur
- 1/4 cawan gula
- 1/2 cawan susu pekat
- 2 sudu makan mentega/marjerin
- 1 tin susu cair
- 1 sudu teh esen vanilla
BAHAN WARNA:
- 1/2 sudu teh perisa rose + 1/2 sudu teh bright red
- 1/2 sudu teh pewarna hijau tua + 1 sudu teh pewarna hijau apple
BAHAN LAIN (untuk biji tembikai):
- Cincau
- Bijan hitam
- Biji selasih
- Coklat chip
- Coklat rice
( terpulang pada cita rasa masing-masing nak masukkan apa)
CARA MEMASAK:
1. Masukkan bahan A ke dalam periuk. Masak hingga larut.
2. Perlahankan api. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar. Kacau sebati. Masak guna api perlahan hingga adunan mendidih dan naik wap. Tutup api. 3. Ambil 1 cawan adunan puding, warnakan hijau. Kemudian tuang ke dalam loyang empat segi bersaiz 8×8. Sejukkan. 4. Cakar permukaan puding menggunakan garpu. Ambil 3/4 cawan adunan warna asal dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan sekali lagi. 5. Campur lebihan adunan puding dengan pewarna merah dan juga cincau atau bijan hitam. Kacau sebati. 6. Cakar permukaan puding dan tuang adunan puding merah tadi. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga agar-agar keras sempurna. Sedia untuk dihidangkan. 7. Jika menggunakan loyang 3 segi, turutan puding adalah warna merah, warna asal dan diakhiri dengan warna hijau. Ikut langkah yang sama seperti diatas.
Kredit resipi & foto: Mas Cotek