Pulut Bakar merupakan salah satu kuih tradisional yang digemari oleh orang-orang Kelantan. Ia merupakan pulut yang dimasak, kemudian dibungkus dengan daun pisang seterusnya dibakar. Rasanya pula manis-manis dan ada bau bunga cengkih. Sedap! Tapi agak sukar untuk mendapatkan juadah ini. Ada yang teringin nak cuba? Saudari Rohayah Mohd Noor ada kongsikan resipinya. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK PULUT BAKAR KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 kg beras pulut – beli online disini
3 cawan gula – beli online disini
Sedikit garam – beli online disini
Bunga cengkih secukupnya – beli online disini
1 cawan santan pekat + 1 cawan air (jadikan 2 cawan)
Daun pisang secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Bersihkan beras pulut kemudian rendam salaam 2-3 jam. Kemudian toskan.
2. Panaskan periuk kukusan dan kukus pulut tadi selama 30 minit. Angkat dan masukkan pulut ke dalam kuali besar.
3. Masukkan gula, sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak dan bunga cengkih. Arun (kacau) pulut menggunakan sudip kayu sehingga gula dan garam bergaul rata. Bunga cengkih jumlahnya ikut cita rasa. Jika suka bau yang kuat, lebihkan. Jika tidak suka, kurangkan tetapi harus letak kerana ia adalah ‘trademark’ Pulut Bakar.
4. Masukkan santan pekat. Arun (kacau) lagi sampai nampak sekata.
5. Masa katas dapur dengan api perlahan dan terus arun sampai nampak pulut, santan dan gula menyerap elok (sering). Padamkan api.
6. Sejukkan pulut terlebih dahulu. Kemudian bolehlah buat bulat-bulat dan bungkus dengan daun pisang.
7. Bakar seperti dalam gambar sehingga sedikit hangus.
8. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rohayah Mohd Noor
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official