Resipi Pulut Bangkok. Kombinasi Rasa Lemak Pulut Dan Manis Pisang

Share

Resipi Pulut Bangkok ini wajib dicuba. Rasanya sangat sedap. Campuran antara lemak daripada pulut dan manis pisang. Bayangkan betapa sedapnya kombinasi itu kan?

Pemanis mulut ini sesuai untuk seisi keluarga. Kalau ada tetamu datang bertandang pun boleh jadikan juadah pemanis mulut. Tentu mereka suka. 

Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Azy Cullen ini ye. Memang tak rugi cuba.

Resipi Pulut Bangkok

Bahan-bahan:

300gm beras pulut susu

Pisang ( nak pakai pisang apa pun boleh kot)

300gm santan segar (nk pakai santan kotak pun boleh)

Pewarna  hijau (pilihan)

5 helai daun pandan (kisar dan ambil airnya)

Sedikit kelapa parut

1 cawan air

8 sudu besar gula – boleh beli online di sini

1/2 sudu kecil garam – boleh beli online di sini

Cara Memasak:

Dalam resipi ini, digunakan beras pulut susu Jasmine. Terlebih dahulu, beras pulut dicuci dan ditoskan.

Kemudian rendam beras pulut tadi dengan air daun pandan selama 30 minit.

Setelah tos, campurkan dengan santan dan garam (gambar kanan). Letak santan sampai tengelam beras pulut. Kemudian kukus 30 minit hingga pulut separuh masak. Jangan lupa letak daun pandan skali semasa kukus pulut. Wanginya satu rumah! 

Sementara kukus pulut tu boleh buat air gula. Masukkan air dan gula ke dalam periuk. Sukatan gula 8 sudu besar itu sedang elok rasanya tapi boleh kurangkan atau lebihkan. Ikut selera. 

Bila air dah masak, campurkan dengan kelapa parut. Gaul sekata. Tuang air sikit demi sedikit ye. Macam nak buat inti ketayap.

Apabila pulut dah separuh masak, bolehlah mulakan proses balut pulut dan pisang. Boleh ikut step dan tengok gambar ye. Atas kanan step 1.

Step 2 dan step 3.

Untuk gulung lebih kemas, masukkan dalam plastik dan gulung. Guna plastik bungkus saiz kecil biasa tu je. Kemudian ikat dengan tali. Siap untuk dikukus.

Kulus selama 30 minit. kukus sampai pulut masak.

 Sebelum potong, salutkan dulu dengan inti kelapa tadi.

Siap. Sedap tau!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

Published by
Nurul Azwa