Sedapnya Pulut Dakap ni. Lemak, lembut, cukup rasa. Makan pula dengan Rendang Ayam. Memang kena sangatlah padanannya. Bagi anda yang nak cuba buat Pulut Dakap ni, saudari Noriza Awang Hamat ada kongsikan resipinya. Nanti boleh cuba.
CARA MASAK PULUT DAKAP & RENDANG AYAM
PULUT DAKAP
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut – direndam selama 4 jam
3 cawan santan pekat (ambil dari 2 biji kelapa)
5 sudu makan gula
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
1. Satukan santan, gula dan garam. Masak diatas api sampai semuanya sebati.
2. Kemudian kukus pulut sehingga masak.
Ads
3. Bila pulut masak, masukkan ke dalam bekas dan tuangkan santan yang dimasak tadi. Gaul sebati.
4. Bila pulut telah suam, bolehlah dibungkus menggunakan daun pisang.
5. Ikat bungkusan pulut menggunakan tali dengan kemas supaya pulut tidak keluar.
6. Rebus pulut yang dibungkus tadi hingga kering airnya.
Ketupat sotong berasal dari pantai timur. Rasanya lemak manis memang dan selalu menjadi bualan bagi peminat hidangan ini. Bolehlah cuba buat sendiri ketupat sotong. Gabungan lemak santan dan manis gula melaka dimakan dengan pulut yang disumbat dalam sotong, memang mengasyikkan.
KETUPAT SOTONG
.
BAHAN-BAHAN
1/2 cawan beras pulut (rendam sejam tambah garam dan santan sedikit)
400 gram sotong (dapat la dalam 9 ekor sotong kecik)
400 gram santan
Sesudu kecil halba
Daun pandan
Gula melaka
BAHAN HIRIS
Sebiji bawang merah
Sebiji bawang putih
1 inci halia
CARA MEMBUAT
1. Isi pulut yang telah direndam ke dalam sotong. Isi 3/4 penuh sahaja. (Sotong mudah pecah jika penuh).
2. Tutup balik sotong tu dengan kepalanya dan cucuk sotong macam dalam gambar.
3. Susun sotong tadi di dalam periuk. Campurkan bersama santan, halba dan bahan hiris. Tambah daun pandan.
4. Panaskan dengan api perlahan sampai sotong masak (dalam 35 minit). Kemudian masukkan garam dengan gula melaka.
5. Kacau-kacau sekejap. Siap.
Cucuq kentang atau nama omputihnya Potato Fritters ni memang sedap dikunyah dan mengenyangkan. Jom ikut resipi mudah ni daripada perkongsian Noraida Durani ni.
POTATO FRITTERS
Bahan-Bahan:-
3 biji kentang (sagat halus)
4 sdm tpung jagung
3 sdm tpung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk Lada sulah
Garam
Perasa (abaikan jika tdak perlu)
Minyak masak (utk mengoreng)
CARA MEMASAK :
1. Satukan kentang yg telah di sagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam, ajinamoto… gaul sebati
2. Panaskan minyak masak….sudukan dan goreng agak-agak leper….balik-balik kan… tunggu sampai masak… angkat…. siap!!
3. Sedap dimakan bersama sos
Kredit : Noraida Durani
FB : Resepi Tutorial Terbaek
Sayur amat penting diambil dalam hidangan harian kerana ia membekalkan zat serta vitamin yang diperlukan oleh badan. Namun tidak ramai yang menggemari rasanya. Salah tu…Hidangan sayur-sayuran, jika kena dengan gaya masakan, memang enak. Malah ada yang boleh dinikmati tanpa perlukan lauk pauk yang lain. Nak cuba? Rasa tampilkan empat resipi sayur yang boleh anda sajikan buat keluarga tercinta.
1. TAUGEH IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
150gm tauge kasar
1 keping tauhu | dipotong kecil
3cm isi ikan masin
1 pokok daun kucau | dipotong 3cm
2 ulas bawang putih | dihiris
2 ulas bawang merah | dihiris
1 biji cili merah | dihiris
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan isi ikan masin. Goreng sehingga sedikit garing.
Masukkan tauhu dan masak sehingga sedikit garing. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Seterusnya masukkan tauge dan cili merah. Gaul rata. Perasakan dengan sedikit gula dan garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan daun kucai. Gaul rata dan angkat. Sedai untuk dinikmati.
INFO CHEF: Guna tauge kasar kerana ia memberikan rasa yang lebih enak.
2. KACANG PANJANG GORENG BERTELUR BERSAMA TAUHU
BAHAN-BAHAN:
1 ikat kacang panjang | dihiris
Sedikit ikan bilis halus
3 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang putih | dihiris nipis
1/2 biji bawang besar | dihiris nipis
1 keping tauhu | dipotong kecil dan digoreng seketika
1 biji cili merah | dihiris
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak masak
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yang dihiris sehingga terbit bau harum.
Masukkan cili kisar. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Kemudian masukkan sedikit air dan juga ikan bilis. Gaul rata.
Seterusnya masukkan kacang panjang, cili merah dan tauhu. Masak sehingga lembut. Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya.
Sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Tambah isi udang untuk rasa yang lebih enak.
3. BENDI GORENG BERCILI BERSAMA DAGING BURGER
BAHAN-BAHAN:
20 batang bendi | dihiris serong
5 keping daging burger | dicincang kasar
3 ulas bawang putih | dihiris
3 ulas bawang merah | dihiris
2 sudu makan cili kisar
Sos tiram secukup rasa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit Air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, bawang merah serta cili giling hingga garing.
Kemudian masukkan daging burger. Masak sehingga sedikit kecut dan tidak melekat pada kuali.
Seterusnya masukkan sos tiram, garam serta sedikit gula. Jika terlalu kering, tambah sedikit air.
Akhir sekali masukkan hirisan bendi. Gaul hingga rata dan semua bahan kelihatan mesra.
Angkat dna sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF: Selain daging burger, boleh juga menggunakan corned beef.
4. LEEK GORENG BAWANG PUTIH BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 batang leek | dihiris serong
10 ekor udang segar | dibersihkan
3 ulas bawang putih | ditumbuk kasar
1 biji cili merah | dihiris serong
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan sos tiram
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta cili merah hingga wangi.
Kemudian Masukkan udang. Goreng lagi hingga isi udang separa masak.
Tambahkan kicap, sos tiram, gula, air dan sedikit garam jika perlu.
Akhir sekali, masukkan leek. Gaul seketika dan angkat. Sedia untuk dinikmati.
INFO CHEF: Leek tidak perlu dimasak lama kerana ia akan menjadi terlalu lembik.