Makan

Resipi Pulut Kacau Jadi Makin Sedap, Air Gula Tak Serap Dek Pulut

Share

Pulut kacau atau dipanggil juga wajik ini memang sedap. Rasa lemak manis pulut likat adalah tarikan untuk menu yang sudah jarang dihidangkan sekarang kecuali bila ada majlis atau kenduri.

Selalunya pulut kacau ini disediakan oleh ibu kita atau orang tua-tua. Cara membuatnya nampak macam susah tapi sebenarnya agak mudah.

Bagi yang teringin boleh cuba buat sendiri, boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Afeefah Ahmad.

Menurunkan resipi dari ibunya beliau turut menyelitkan tip agar pulut kacau makin sedap, air gulanya berlinang tak serap dek pulut.

Cara dan tip buat pulut kacau atau wajik

 

Bahan-bahan

1kg beras pulut wangi
1kg santan segar
1kg gula merah hitam
Daun pandan

Cara membuat

1. Terlebih dahulu beras pulut dibasuh bersih dan rendam 2 jam ke atas kemudian tos.

2. Kemudian kukus pulut kembang. Ketepikan.

3. Seterusnya masak air gula bersama secawan air. Masak dengan daun pandan supaya wangi.

4. Selepas air air larut, tapis dan masukkan dalam santan. Masukkan dalam kuali kemudian masak santan dan air gula ini. Masak santan dengan air gula hingga betul-betul pekat.

5. Bila dah pekat masukkan pulut yang dah dikukus tadi. Waktu ini jangan tutup api dulu. Perlahankan saja api.

6. Ratakan pulut, gaul dalam kuali sampai pulut sebati dengan air gula santan.
Selepas pulut dan air gula santan rata baru tutup api dan tuang dalam bekas.

Tip dari ibu
  • Rahsia supaya gula merah berlinang tak serap dek pulut ialah kena pastikan air gula merah tak boleh cair! Kena betul-betul pekat sebelum tuang masak sekali santan.
  • Pastikan santan dan air gula dimasak sampai pekat barulah tuang pulut dan kacau. Selagi tak pekat jangan masukkan pulut dulu.
  • Selepas masukkan pulut dalam air gula santan kacau tapi jangan sampai kering, cukup untuk sampai pulut sebati dengan air gula saja.

Semoga bermanfaat

Sumber: Afeefah Ahmad

 

Published by
Rose