Bercadang nak masak pulut kuning yang masak guna rice cooker untuk sarapan esok? Resipi pulut kuning perkongsian saudari Nazra Queenni anda boleh cuba. Sangat mudah dan tak perlu kukus pun. Hidang bersama rendang, fuhhh…memang terangkat habis. Berbaloi cuba masak untuk keluarga.
RESIPI PULUT KUNING RICE COOKER
BAHAN-BAHAN:
300gm beras pulut – basuh & tos air
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu makan gula
2 sudu makan minyak masak
2 helai daun pandan
Santan dari 1/2 biji kelapa – anggaran 200-250ml
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Ads
1.Beras pulut dicuci dan ditoskan air. Masukkan ke dalam periuk nasi.
2.Masukkan serbuk kunyit, garam, gula, minyak masak dan air menyamai paras pulut.
3.Potong daun pandan dan masukkan ke dalam periuk tadi.
4. Masak pulut menggunakan rice cooker seperti masak nasi.
5. Lepas 10 minit, akan jadi macam ni. Kacau-kacau pulut supaya sekata.
6. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Bila pulut nampak basah, berhenti tuang santan. Tak perlu habiskan. Biarkan selama 5 minit supaya pulut menyerap santan.
Ads
9. Tekan butang on pada rice cooker sekali lagi. Biarkan pada posisi warm sahaja. Biar pulut masak dan berkilat lebih kurang selama 10 minit.
Suka makan Nasi Daging? Ada resipi mudah yang guna Kurma Daging yang hangat dikongsi di aplikasi Tiktok. Resipinya sangat mudah. Hanya menggunakan Kurma Daging Adabi dalam tin, anda boleh menyediakan sajian istimewa ini dengan begitu mudah sekali. Menerusi perkongsian saudari Cik Sara, beliau tunjukkan cara-cara untuk menyediakan hidangan Nasi Daging menggunakan Kurma Adabi. Selamat mencuba!
CARA MASAK NASI DAGING GUNA KURMA DAGING
BAHAN-BAHAN: 1 tin Kurma Daging – beli online disini Beras (anggaran 2-3 orang makan) – basuh bersih Air secukupnya Lobak merah – potong kecil Bawang merah – potong Cili – jika suka 1-2 helai daun pandan Rempah 3 sekawan
CARA MEMASAK: 1.Panaskan sedikit minyak atau mentega, tumis bawang merah, rempah 3 sekawan dan daun pandan hingga naik bau. 2. Kemudian masukkan Kurma Daging. Kacau seketika.
3. Masukkan beras yang telah dibasuh bersih ke dalam periuk nasi bersama bahan tumis tadi.
4. Tambahkan air mengikut sukatan biasa anda guna untuk masak nasi. 5. Tekan ‘on’ dan tunggu nasi masak. 6. Nasi Daging sedia untuk dinikmati. Boleh dihidang bersama air asam, acar, dalca, Ayam Masak Merah dan sebagainya mengikut selera masing-masing.
NOTA:
Jika tiada masa, boleh sahaja masukkan beras, Kurma Daging dan air (sukatan biasa anda guna untuk masak beras) terus ke dalam periuk nasi dan masak seperti biasa.
Ada juga yang memasak nasi ini dengan sukatan 1 tin Kurma Daging = 2 1/2 @ 3 pot beras.
Sesekali makan Bubur Nasi untuk makan malam memang enak. Bukan setakat dinikmati begitu sahaja, menu ini juga boleh dihidangkan dengan pelbagai lauk kegemaran masing-masing. Cukup mudah dan mengenyangkan. Jika dinikmati begitu sahaja pun sudah cukup menaikan selera. Jom cuba resipi perkongsian saudari Sulizawati Linn Hassan ini. Istimewanya menu ini sebab ia menggunakan beras nasi impit segera. Jadi bubur anda memang bau wangi dan lebih sedap.
BUBUR NASI SPECIAL
BAHAN A:
3 paket beras nasi impit – keluarkan beras dari paket nasi impit, cucurkan air & toskan
1.5 liter air- kalau nak bubur lebih cair, boleh lebihkan air.
3 keping dada ayam- dipotong kecil (nak guna bahagian tulang pun boleh)
2 ketul kiub pati ayam- dipecahkan jadi serbuk terlebih dahulu
1 inci halia – dimayang halus (*)
3 ulas bawang putih- tumbuk halus (*)
2 paket sup bunjut (*)
1 batang kecil kulit kayu manis (*)
1 kuntum bunga lawang (*)
1 helai daun pandan- disimpul (*)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
Sedikit minyak masak
BAHAN B (untuk taburan masa hidang):
Daun bawang – hiris
Bawang goreng – digoreng dengan 5 sudu makan minyak bijan
Cili merah – hiris
Lada sulah- renjiskan semasa hidang
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis bahan-bahan bertanda (*) hingga wangi dan naik bau.
Kemudian masukkan isi ayam. Kacau selama 1 minit.
Seterusnya masukkan air, kiub pati ayam dan beras. Masak guna api sederhana sehingga beras menjadi bubur.
Perasakan dengan garam dan gula. Rasa terlebih dahulu untuk pastikan perisanya cukup.
Padamkan api dan tabur bahan-bahan B sebelum dinikmati.
Anda mencari menu yang mudah untuk dimasak ketika gathering bersama ahli keluarga atau kawan-kawan? Haa, tentunya Nasi Goreng menjadi pilihan kerana ia mudah untuk dimasak dan rasanya juga enak. Nak lagi sedap, tambahkan Keju Perfect Italiano Perfect Bakes diatasnya dan bakar. Barulah jadi Nasi Goreng next level. Cubalah, anda pasti puas hati dengan hasil kerak perang keemasan yang sempurna dan lazat.
BAKED NASI GORENG DENGAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
150gram Perfect Italiano Perfect Bakes
150gram ikan bilis – goreng garing
1 batang daun bawang – cincang
BAHAN-BAHAN B (NASI GORENG):
80gram Anchor Unsalted butter
2 cawan nasi sejuk
1 sudu makan cili kisar
4 biji bawang putih – kisar
4 biji bawang merah – kisar
½ batang lobak merah – dadu kecil
2 sudu makan kacang peas
1 biji telur
Garam & lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
Cairkan Anchor Unsalted Butter di dalam kuali. Tumis bawang merah kisar, bawang putih kisar dan cili kisar hingga cili benar-benar masak
Pecahkan telur lalu kacau rata. Masukkan nasi, kacang peas dan lobak merah. Goreng hingga semua bahan masak sempurna.
Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Sejukkan seketika.
Sediakan casserole/mangkuk pembakar. Sapu lebihan mentega Anchor di dalam casserole secara rata.
Tuangkan nasi goreng ke dalam casserole dan tuang 50gram Perfect Italiano Perfect Bakes ke dalam nasi goreng dan gaul rata.
Tabur 100gram lagi Perfect Italiano Perfect Bakes ke atas nasi goreng. Tabur juga cincangan daun bawang.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 190-200C selama 20-25 minit. Keluarkan dari ketuhar lalu tabur ikan bilis goreng. Hidangkan panas.
JOM SERTAI PERADUAN #MYDAPURFLEX
Nak menang wang tunai RM1,000? Kalau tak pandai masak pun tak apa. Janji confident. Ha…Gitu! Jom join peraduan Flex & Menang.
Anda hanya perlu:
Kongsi GAMBAR atau VIDEO aksi memasak di Facebook dan Instagram.
Tag @majalahrasa @fonterra.my @DairyliciousMY. Sertakan juga hashtag #mydapurflex.
Tag 3 rakan anda. Pastikan akaun anda berada dalam tetapan umum.
Tak perlu masak menu hebat. Goreng telur pun boleh. Janji skill masak tu nampak power.
Mak-mak, student universiti, orang bujang, tukang masak, makcik kantin, abang jual burger atau sesiapa je, semua orang boleh join .
Hantar je penyertaan. Mana tahu duit cash RM1000 ni milik anda.
Bolehlah guna buat belanja barang sekolah anak, shopping @ pergi holiday!