Siapa yang suka makan pulut, mesti suka dengan menu pulut mangga lemak manis ni.
Resipi pulut mangga lemak manis yang dikongsi Raja Amanina ini, dibuat secukup rasa, ada rasa lemak manis, bukan semata-mata pulut kosong.
Manakala kuah santan dimasak hingga sedikit pekat dan pulut nak masak cantik kena kukus.
PULUT MANGGA LEMAK MANIS
BAHAN-BAHAN:
1kg beras pulut | cuci bersih dan rendam selama 2,3 jam – beli online di sini
1 kotak kecil santan – beli online di sini
1 cawan air
5 sudu makan gula – beli online di sini
½ sudu teh garam
2 sudu makan minyak masak – beli online di sini
TONTON Betul Ke Masakan Jawa Johor Ni Pedas?
TONTON Danish Cinnamon Cheese | Dapur Rasa Live
CARA-CARA:
1. Satukan santan, gula, garam dan masak hingga mendidih.
2. Toskan beras pulut dan kukus hingga separuh masak.
3. Angkat pulut dan gaulkan bersama santan dan kukus lagi sekali hingga pulut betul-betul masak.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
BAHAN KUAH SANTAN:
1 kotak santan – beli online di sini
2 cawan air
2 sudu makan tepung beras – beli online di sini
4 sudu makan gula – beli online di sini
½ sudu teh garam
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
CARA MASAK:
Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat.
Kredit resipi: Raja Amanina
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Rasa Ketagih Makan, Red Velvet Cheese Brownies Ini Memang Sedap!
Tak Sedar Habis 3 Pinggan Nasi, Menu Daging Karachi Memang Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI