Pulut Panggang Sambal Ikan yang baru masak dan masih panas-panas, memang sedap! Pulutnya yang lembut ditambah pula dengan inti sambal ikan yang pedas, memang kombinasi yang terbaik! Pernah rasa Pulut Panggang versi Kelantan dan Terengganu? Pasti terbayang-bayang keenakannya kan? Pulut yang lembut berintikan serunding ataupun sambal (serunding) ikan. Agak berbeza dengan Pulut Panggang yang berinti kelapa. Bagi yang nak cuba buat sendiri, resipi perkongsian saudari Zaimah Zakaria ini boleh anda cuba.
CARA MEMBUAT PULUT PANGGANG INTI IKAN
BAHAN INTI IKAN: 5 ekor ikan sardin @ selayang – rebus dengan asam keping 2 biji bawang merah kecil – beli online disini 1 inci halia – beli online disini 1 sudu teh halba – beli online disini 1 cawan santan pekat Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK: 1. Asingkan isi dan tulang ikan yang direbus tadi. Tumbuk hingga halus. 2. Hiris halus bawang dan juga halia. Masukkan ke dalam kuali. 3. Masukkan juga isi ikan yang ditumbuk tadi. 4. Tambahkan santan dan masak sampai agak kering. 5. Bila isi ikan kelihatan agak kering, masukkan halba dan perasakan dengan garam serta gula. 6. Masak inti hingga kering. Angkat dan ketepikan seketika.
Ads
BAHAN PULUT: 2 cawan beras pulut – rendam 2 jam – beli online disini 1 cawan santan pekat 1 sudu teh garam Daun pisang secukupnya Lidi
CARA MEMASAK: 1.Didihkan periuk kukusan dan kukus pulut selama 15 minit. 2. Kacau santan bersama garam hingga larut. 3. Kemudian masukkan pulut yang dikukus tadi ke dalam bekas berisi santan. Kacau sebati. 4. Kukus kembali pulut tadi selama 20 minit. Angkat dan sejukkan. 5. Sediakan daun pisang yang telah dibersihkan. Letak pulut atas daun pisang tekan dengan plastic hingga rata. 6. Letakkan inti ikan yang dimasak tadi dengan secukupnya. Gulung dengan kemas.
7. Semat gulungan Pulut Panggang dengan lidi. Lakukan hingga habis adunan.
8. Bakar Pulut Panggang menggunakan pemanggang hingga daun pisang sedikit hangus.
Kalau anda biasa makan kuih Kanom Krok, pasti anda akan teringat-ingat dengan kelembutan kuih ini bukan? Kanom Krok ini sebenarnya kuih orang Thai.
Rasa kuih ini ada lemak-lemak manis dan sedikit rasa masin. Tekstur kuih ini pun lembut sahaja. Rasanya pun sedap dan yang penting mudah dan cepat untuk disediakan.
Bahan-bahan untuk buat kuih Kanom Krok ini pun tak banyak mana. Sesuai sangatlah disajikan untuk minum petang.
Tidak lama lagi bulan puasa. Bolehlah dihidangkan sebagai juadah berbuka puasa. Acuannya boleh pakai acuan takoyaki.
RESIPI KANOM KROK
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
1/2 sudu kecil garam
1/3 cawan gula (atau ikut cita rasa masing-masing)
1/3 cawan kelapa parut (kisar dengan santan supaya halus)
400 ml santan
2 sudu besar minyak masak
Daun bawang sebagai hiasan
CARA MEMBUAT:
1. Campurkan semua bahan. Rehatkan selama 1/2 jam.
2. Panaskan acuan. Sapu minyak supaya adunan tidak melekat.
3. Masukkan adunan. Tabur daun bawang.
4. Tutup acuan dan biarkan adunan masak.Hidangkan.
INFO: Ada dua versi acuan. Acuan kuih cara dan juga serabai. Yang mudah nak keluarkan kuih ini adalah menggunakan acuan serabai.
Sarapan atau minum petang mesti jadi lebih seronok kalau ada kuih kegemaran dihidang atas meja. Kali ini RASA kongsikan resipi kuih keria gula melaka homemade yang senang je nak buat. Tak guna tepung tau. Tapi tepung diganti dengan oat.
KERIA OAT
BAHAN-BAHAN
3 biji keledek
5 sudu besar oat
Minyak untuk menggoreng
Gula kelapa atau gula kabung
CARA MEMBUAT
1. Rebus 3 biji keledek dan dilecekkan.
2. Kisar kering 5 sudu oat sehingga jadi tepung.
3. Campur oat dalam keledek dan adun jadi doh.
4. Bentukkan jadi bentuk cincin.
5. Gorenglah sehingga garing.
6. Sambil goreng boleh cairkan gula kelapa dan masak sehingga pekat melekit.
6. Selepas keria masak garing, boleh sira dalam gula kelapa tadi.
TIP
1. Manis tanpa gula putih. Guna gula kelapa atau gula kabung. Tepung gandum ganti oat supaya lebih sihat dan kenyang lebih lama.
2. Kalori masih tinggi tapi gula kelapa lebih rendah indek glicemik daripada gula putih. Lambat terurai dalam darah jadi kenyang lebih lama.
Jika di rumah hanya ada telur ayam sahaja, jangan risau. Anda masih berpeluang membuat lauk sedap yang cukup menyelerakan.
Telur air asam adalah antara lauk yang kerap dijadikan sebagai makanan bagi golongan mahasiswa dan juga orang bujang.
Melalui instagram, Syira Lokman berkongsi resipi ini dan ianya amat mengimbau memori ketika menjadi mahasiswa dahulu. Lauk ringkas sebegini memang sedap dan mengenyangkan.
Jom cuba!
TELUR AIR ASAM
BAHAN-BAHAN
3 biji telur ayam
2 biji cili padi (ditumbuk)
1/2 bawang merah kecil (ditumbuk)
Belacan -(dibakar dan ditumbuk)
4 sudu besar air asam jawa
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil sos tomato
1 sudu kecil kicap manis
1 tangkai cili hijau (dihiris)
1 tangkai cili merah (dihiris)
5 tangkai cili padi (dihiris)
Bawang (dihiris)
Tomato (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi
Garam & gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Rebus telur. Kemudian dikupas dan dibelah dua.
2. Masukkan cili padi, bawang merah kecil dan belacan ke dalam mangkuk.
3. Masukkan air asam jawa, sos cili, sos tomato, kicap manis, bahan hiris dan tomato.
4. Perahkan limau kasturi. Tambah garam dan gula secukup rasa
5. Masukkan telur rebus tadi.
6. Sedia dihidangkan.
TIP: Anda boleh tambah air lagi dan kerisik jika suka.
Ayam masak kicap memang ada banyak versi, ada yang berkuah dan ada yang kering. Tapi jika juga ayam masak kicap versi pekat dan pedas boleh guna resipi perkongsian Almie Amira