Anda suka makan Pulut Pangganginti Sambal Kelapa, jom cuba buat guna resipi perkongsian Opah Mas Cotek. Sangat sedap dan mudah sahaja resipinya. Sesuai bagi anda yang baru nak belajar buat kuih Pulut Panggang ini, sesuai sangatlah. Cukup rasa dan sangat sempurna. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
Kukus sehingga masak.
Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Sedapnya dapat nikmati pau yang gebu dengan inti yang disukai. Nak buat doh pau ayam ini sama seperti doh donut cuma tidak diletakkan susu. Buat untuk minum petang, makan pula ketika panas memang puas hati.
Pau ayam Bahan doh pau: 1 kg tepung gandum 6 sudu besar gula 3 1/2 cawan air 2 sudu kecil baking powder 1 paket yis 1 sudu kecil garam 4 sudu besar margerin
Cara memasak:
1.Bancuh kesemua bahan, uli hingga jadi doh yang tak lekat di tangan.Masukkan doh dalam bekas kedap udara selama satu jam. 2.Canaikan doh.Tekap ikut besar mana yang kita nak (kak cik guna tutup botol kuih raya). 3.Masukkan inti. 4.Kukus 5 minit.Buka tutup kukusan.Kukus lagi 2 minit. (**masa uli tepung,air kena letak sedikit demi sedikit hingga jadi doh tak lekat di tangan.Jangan terus letak semua.lain tepung lain penerimaannya)
Bahan inti ayam: 6 ketul ayam (diambil isi dan dipotong kecil) 10 biji kentang (dikupas kulit dan dipotong dadu) 2 labu bawang besar (dicincang halus) 4 sudu besar cili kering kisar 6 sudu besar rempah kari ayam 1 kiub ayam Garam
Cara memasak: 1.Tumis bawang hingga terbit bau.Masukkan cili kisar,tumis hingga garing.
2.Masukkan rempah kari dan daun kari. 3.Masukkan ayam dan sedikit air. Masukkan kentang dan kiub ayam. Masak hingga sedikit kering. Perasakan garam.
Nota:- 1.Lepas doh dah kembang(2x ganda) tak boleh terlalu lama dibiarkan.Doh akan bertambah kembang dan bila dikukus kuih akan mengecut.
2.Masa isikan inti, tarik ke bahagian bawah untuk tutupkan kuih (buat bunjut).Bahagian bawah akan jadi tebal sedikit.Jadi kena cubit keluarkan sedikit doh di bahagian bawah supaya doh masak sekata. 3.Masa mengukus, tutup kukusan kena balut dengan kain untuk elak air menitis pada kuih. 4.lLepas 5 minit kuih dikukus buka tutup kukusan dan kukus 2-3 minit tanpa penutup kukusan. Kredit: Zainoor Aliza Ali
Hari ni jom kita buat kuih apam lejen, gerenti ulang kali makan. Satu adunan ni dapat dalam 30 biji, guna acuan kecil ikut banyak mana isian dalam acuan.
APAM KAMPUNG GULA MERAH
Bahan-bahan:
1 cawan gula merah/gula perang/gula melaka (apam ni tak berapa manis. Bagi yang nak manis boleh + sedikit gula pasir)