Petang-petang dapat makan Pulut Udang ni, memang sedap kan. Lagi-lagi bila buat sendiri, memang tak puas makannya. Resipi pulut udang ini sesuai dijadikan sebagai menu minum petang bersama keluarga. Jom kita cuba resipi yang dikongsikan saudara Ariff Budiman Zainal Abidin. Anda sekeluarga pasti kagum dengan keenakan rasanya.
3 cawan kelapa parut putih (dalam 1 biji)
2 batang serai*
2 biji bawang merah* – beli online disini
2 sudu besar udang kering* (dalam segenggam) – beli online disini
1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit*
2-3 sudu besar cili kisar* – beli online disini
1 sudu besar jintan manis* | tumbuk halus
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
Sedikit udang hidup | goreng dulu dan asingkan
1. Kisar bahan-bahan bertanda *. Sementara itu, masak pulut macam nasi. Masuk santan, garam dan daun pandan.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang telah dikisar.
3. Masukkan garam, gula. Kacau hingga agak kering.
4. Kelapa dikisar bagi halus.
5. Masukkan kelapa, udang hidup dan kacau hingga sebati. Lebih kurang selama 10 minit.
6. Ambil pulut, penyek bagi leper dan letak inti tadi. Saiz pulut ikut masing-masing nak besar mana.
7. Kemudian, bakar di atas dapur sehingga masak. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi: Ariff Budiman Zainal Abidin
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official