Makan

Resipi Punten Viral & Sambal Sedap. Memang Mudah Buat Sendiri

Share

Punten adalah salah satu sajian orang Jawa yang sangat sedap. Biasanya ia dinikmati bersama Sambal Hijau. Asasnya Nasi Punten adalah beras yang dimasak lembik bersama santan, kemudian dicetak menjadi bentuk lonjong. Sangat sedap.
Nak cuba? Saudari Nur Laila ada kongsikan resipinya. Cukup mudah. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Jom cuba!

CARA MASAK PUNTEN VIRAL & SAMBAL SEDAP

BAHAN NASI PUNTEN:
1 cawan beras – beli online disini

3 cawan air (campur santan)
Sedikit garam – untuk naikkan rasa lemak
CARA MEMASAK:
1.Basuh beras dan satukan semua bahan. Masak nasi macam biasa. (tekstur nasi akan lembik).
2. Bila sudah masak, tumbuk @ lenyek nasi supaya hancur. Kemudian bentukkan menggunakan sudip.

BAHAN SAMBAL PUNTEN:
2 biji bawang merah besar – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
1 genggam cili api kampung – kisar
Sedikit ikan bilis – kisar
1 genggam ikan bilis – beli online disini
4 sudu gula
½ sudu garam (kalau tak masin, tambah lagi)
Air asam jawa secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan guna minyak yang banyak.
2.Tumis semua bahan kisar berserta 1 genggam ikan bilis sampai garing.
3. Kemudian masukkan garam, gula serta air asam jawa dengan secukupnya. Masak sambal pecah minyak.
4. Pastikan sambal ada rasa manis masin dan masam secukupnya. Jika kurang rasa, boleh ubah suai garam dan gula ikut cita rasa masing-masing.

INFO:
1.Untuk lebih mudah nasi menjadi halus, rendam beras sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimasak. Hasilnya bila nasi sudah dimasak, ia lebih mudah halus bila ditumbuk @ dilenyek.

Kredit resipi & foto: Nur Laila

 

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Nur