Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, bukan selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berbeza. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba. Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Key Tiey.

CARA BUAT PUTU HALBA KELANTAN

Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir
BAHAN-BAHAN:
2 kg ubi kayu
3 sudu makan halba – boleh kurangkan ikut citarasa
Gula melaka – cincang halus
Kelapa parut
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat.
2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan relaikan.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir 5. Kemudian masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir6. Untuk memasak, ambil acuan (penutup teko besi atau apa-apa sahaja yang bersesuaian) dan masukkan sedikit parutan ubi kayu. Kemudian masukkan gula melaka.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir7. Akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir7. Letak acuan pada kain bersih. Sebaiknya guna tuala good morning yang telah dilembabkan.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir 8. Terbalikkan dan angkat acuan.
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir 9. Bungkus kuih dengan kain dan susun dalam periuk kukusan. (empunya resipi letak bungkusan kuih dalam corong besi dan juga bekas). Kukus hingga masak. (ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut yang telah digail dengan sedikit garam.

Resipi Putu Halba Kelantan. Kuih Tradisi Popular Musim Banjir

INFO: Ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Ads

2 Resipi Masak Sardin Cara Baru, Sesuai Jadi Lauk Musim Hujan

Hidangan Pencuci Mulut Durian Crepe, Sedap Makan Sejuk-Sejuk

Memang Terliur, Gulai Ayam Kelantan Sedak Sengoti!  

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Ads

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI