Sedapnya Putu Halba. Bila tiba musim tengkujuh, kuih ni antara kuih yang paling ditunggu-tunggu oleh penduduk Pantai Timur terutamanya di Kelantan. Maklumlah, buka selalu dapat menikmati kuih ini. Rupanya seakan Putu Piring namun mempunyai rasa yang berlainan. Memang sedap! Ia dihasilkan menggunakan ubi kayu segar yang diparut dan diadun bersama halba . Makan panas-panas, memang nikmati. Nak cuba buat kuih Putu Halba sedap secara homemade? Jom lihat resipi perkongsian saudari Noor Amirah.
RESIPI PUTU HALBA SEDAP
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit ubi kayu dan bersihkan. Pastikan keringkan air sebelum disagat.
2. Mesin atau sagat halus ubi kayu hingga habis. Paling mudah, guna mesin parut kelapa.
3. Ubi kayu yang siap diparut. Perah parutan ubi kayu tadi hingga betul-betul kering. Lebih mudah kalau perah guna kain.
4. Masukkan ubi kayu yang diperah tadi ke dalam bekas dan masukkan halba. Gaul rata. Pastikan teksturnya berderai.
5. Untuk memasak, ambil acuan lompang dan masukkan sedikit parutan ubi kayu.
6. Kemudian masukkan gula melaka dan akhir sekali, masukkan sekali lagi parutan ubi kayu.
7. Masukkan ke dalam periuk kukusan dan kukus hingga masak. ( ubi kayu kelihatan kuning dan jernih, ia menunjukkan puti halba telah masak.)
8. Angkat dan hidangkan bersama kepala muda parut.
INFO: 2 kg ubi kayu akan dapat 60 biji putu halba.
Kredit resipi & foto: Noor Amirah