Resipi Putu Mayam Original Yang Kita Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Lembut & Sedap Rasanya

Share

Putu Mayam sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik di kalangan berbilang bangsa. Memang layan kalau dapat makan panas-panas. Berkeping-keping boleh dihabiskan tanpa sedar. Jom kita buat resepi Putu Mayam original seperti yang dikongsikan oleh Faizah Husain

RESIPI PUTU MAYAM

BAHAN-BAHAN:

2 cawan tepung beras –BELI ONLINE
1 cawan air
1 sudu teh garam –BELI ONLINE
1 sudu makan minyak jagung – BELI ONLINE


Pes pandan (jika nak rasa pandan dan warna hijau)
Daun pisang
Gula kabung – BELI ONLINE
Kelapa parut putih

CARA MEMBUAT:

1. Potong daun pisang bentuk bulatan besar sedikit dari saiz putu mayam. Panaskan periuk kukus.

2. Dalam periuk lain masak air hingga mendidih.

3. Masukkan garam dan minyak jagung. Kacau biar sebati.

4. Tutup api dan masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika belum lembut tambah tepung sedikit demi sedikit.

5. Adunan panas-panas terus masukkan ke dalam acuan putu mayam. Kalau sejuk adunan keras tak boleh nak putar acuan.

 

6. Susun daun pisang yang telah disapu minyak dalam kukusan. Putar acuan secara membulat biarkan doh jatuh secara bertali di atas daun pisang. Jika tak tahan panas boleh putar di luar kemudian susun dalam kukusan.

7. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja. Balut penutup kukus dengan kain supaya wap tak jatuh. Sudah masak, susun dalam bekas.

8. Parut gula kabung. Guna gula kabung sebab kesedapan gula kabung tidak sama dengan gula lain.

9. Gaul gula kabung dan kelapa parut makan bersama putu mayam.

Sumber kredit: Faizah Husain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Published by
Has