Peminat sajian Korea pastinya menggemari hidangan Rabokki ini. Ia adalah gabungan antara Tteobboki dan juga ramen yang dimasak bersama dalam sos kuah merah yang enak.
Untuk lebih menaikkan rasa, ada tambahan sosej, kek ikan dan juga telur rebus. Memang sangat sedap.
Orang Korea sangat sukakan keju. Nak ikut ‘trend’ mereka? Boleh tambahkan kepingan keju juga dalam Robokki anda. Pasti puas hati dengan rasanya. Saudari Zurina Zulkefli ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
1.Rebus air bersama kiub pati ikan bilis sehingga mendidih.
2. Masukkan beberapa ketul kek beras korea, biarkan seketika.
3. Kemudian tuang semangkuk kecil campuran pes cili korea.
4. Kacau sehingga kuah berwarna merah. Biarkan mendidih selama 5 minit.
5.Apabila kuah sudah menjadi pekat, boleh masukkan mi segera dan sosej. Siap.
6.Boleh hidangkan dengan telur rebus, kepingan rumpai laut atau keju. Sedia dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official