Teringin nak makan red velvet oreo cheesecake, boleh cuba resipi dari biskut oreo perisa red velvet ini. Rasa krim keju lemak berkrim ni tak muak sebab ada jus lemon.
Menerusi perkongsian resipi daripada Sue Unnie ini, dia menggunakan biskut perisa red velvet untuk kelainan.
RED VELVET OREO CHEESECAKE
BAHAN BASE/ LAPISAN DASAR:
1 pek besar biskut Oreo perisa Red Velvet (krim dan biskut diasingkan)
3 sudu besar mentega (dicairkan) – beli online di sini
TONTON Laksa Peranakan – Projek Air Tangan Emas Bersama MAGGI
TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live
BAHAN KRIM KEJU:
500gm dengan krim keju
200ml krim putar
Krim putih Oreo
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar gula kastor – beli online di sini
1 sudu besar serbuk gelatin
2 sudu besar air
½ pek biskut Oreo kecil (dipatahkan)
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA-CARA:
1. Asingkan biskut Oreo perisa Red Velvet dengan krim putihnya.
2. Hancurkan biskut Oreo sehingga menjadi serbuk.
3. Gaulkan dengan mentega yang sudah dicairkan sehingga sebati.
4. Ratakan campuran biskut di atas loyang saiz 6″ dan tekan sehingga mampat.
5. Biarkan bes Oreo sejuk di dalam peti beku selama 15 minit.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
6. Putarkan krim keju dan gula sehingga sebati atau sehingga gula sudah tidak menjadi berketul.
7. Menggunakan teknik double-boiler, cairkan krim putih Oreo yang diasingkan. Kemudian gabungkan gelatin dengan air suam.
8. Campurkan krim putih Oreo cair, gelatin, jus lemon dan putarkan sehingga adunan menjadi gebu dan sebati.
9. Letakkan biskut Oreo yang dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sedikit.
10. Masukkan adunan krim keju ke atas base Oreo yang telah dibekukan. Hiaskan kek mengikut kreativiti anda.
11. Masukkan ke dalam peti ais dan bekukan semalaman atau sehingga sudah tidak cair lagi.
Kredit resipi: FB Sue Unnie
Masih mencari ketuhar untuk membakar kek, beli online aje, jom layarinya DI SINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: