Resipi Rempah Kambing Perap Yang Sedap, Mudah & Jimat

Share

Kambing perap ni kalau beli yang sudah ‘readymade’ memang agak mahal. Tak puas makan. Kalau nak nikmati untuk satu keluarga, lebih baik anda perap sendiri guna resipi perkongsian saudari Farmiza Masur ni. Sangat simple dan tak guna banyak bahan. Sangat berbaloi untuk dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

 

CARA BUAT REMPAH KAMBING PERAP YANG SEDAP

 

BAHAN PERAPAN KAMBING:

  • 2 kg kepingan kambing
  • 1 paket sos lada hitam
  • 1 labu bawang putih – kupas

CARA MEMASAK:

1. Bersihkan kambing dan toskan bagi membuang lebihan air.

2. Ambil bawang putih. Separuh dipotong dadu dan separuh lagi dikisar bersama sos lada hitam.

3. Ambil kepingan daging kambing tadi dan celupkan ke dalam sos hingga rata.

4. Letak daging kambing ke dalam bekas dan perap sebaiknya 2 hari supaya rasa perapan benar-benar menyerap pada isi kambing.

5. Untuk menikmatinya, panggang daging kambing hingga masak. Nikmatinya bersama Kentang Putar dan sos lada hitam.

 

BAHAN SOS LADA HITAM SEDAP

  • 1 tin sos carbonara berkrim
  • 2 biji ubi kentang rebus – hancurkan
  • Susu full cream/ susu segar/low fat milk – sukatan 1 tin sos carbonara
  • 3/4 sudu makan lada hitam – kisar halus
  • 3 ulas bawang putih – dadu
  • 2 sudu makan mentega
  • Kicap manis secukupnya
  • Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan sos carbonara, susu dan kentang yang dilenyek tadi. Kacau sentiasa supaya tidak hangus.

3. Masukkan serbuk lada hitam dan kicap. Sukatan kicap agak-agak hingga dapat warna yang dikehendaki. Tambahkan juga garam secukup rasa.

4. Kepekatan sos juga ikut cita rasa masing-masing. Boleh tambah air atau susu hingga dapat tekstur yang disukai.

5. Sos siap dimasak dan sedia dinikmati bersama kambing panggang dan kentang putar.

Kredit resipi & foto: Farmiza Masur

 

Suka maka BBQ tapi belum ada PEMANGGANG ELEKTRIK? Nah..Pilih je DISINI. RASA sediakan seleksi barangan terbaik yang boleh dimiliki pada harga mampu milik. Memang berbaloi.

 

Nak lebih banyak resipi best guna Pemanggang Elektrik? Boleh cuba resipi di bawah ni:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Nur