Resipi Rendang Ayam Mak Najah Simple dan Sedap. Boleh Buat Pes Siap-Siap!

Share

 

Merendang tak perlu tunggu Raya, hanya perlu sediakan bahan terus ja masak. Masakan tradisional yang popular dan sedap untuk dihidangkan bersama ketupat nasi atau nasi kunyit. Cubalah resipi rendang ayam mak najah ni mudah dan sedap!

Resipi Rendang Ayam Mak Najah

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam
  • Sekilo santan
  • 4 sudu besar kerisik
  • 6 bawang merah
  • 8 bawang putih
  • halia
  • 1 sudu besar jintan
  • 1/2 sudu Lada Hitam
  • Sedikit ketumbar
  • 3 sudu rempah kari
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit buah pelaga
  • Sedikit bunga cengkih
  • Sedikit bunga lawang

Bahan kisar:

  • 20 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 2 inci kunyit hidup
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas
  • 1 sudu besar jintan
  • 1/2 sudu Lada Hitam
    Sedikit ketumbar

Cara-cara:

  1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia. Masukkan bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan asam keping
  3. Masukkan rempah kari
  4. Masukkan kerisik
  5. Masukkan santan
  6. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya
  7. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak.
    kemudian masukkan garam dan gula.
  8. Bila dah kering bolehlah ditutup api.

Siap untuk di makan
Selamat mencuba

Kongsi resipi: Nurul Azfa Azizan

 

 

Published by
Mastura Abu Kassim