Resipi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Aromanya Wangi!

Share

Rendang ayam, sememangnya antara menu yang menjadi kegemaran ramai.

Rasanya yang memang sangat sedap, kuahnya wangi kerana menggunakan bahan-bahan rempah ratus yang segar serta dikisar halus, menjadikan tekstur rendang lembut.

Resipi yang dikongsikan Azza Ahsani ini, diambil dari youtube dan diolah sedikit mengikut cara yang dimasak ibunya. Jom kita masak!

 

RENDANG AYAM

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam
2 biji bawang besar (kalau guna bawang kecil, dalam 6-7 biji)* – beli online di sini
2 labu bawang putih* – beli online di sini
7 batang serai* – beli online di sini
2 biji cili besar merah* – beli online di sini


10 biji cili padi* (nak pedas, boleh tambah lagi ikut suka) – beli online di sini
3 inci halia* – beli online di sini
3 inci lengkuas*
3 inci kunyit hidup*
Asam keping (saya letak sekeping je)
Daun limau purut
3 sudu besar cili kering kisar
Santan (saya guna 1 kotak santan + 2 cawan air biasa, kalau nak lebih rasa lemak, boleh guna lebih santan) – beli online di sini
Kerisik (kena pandai pilih kerisik yang sedap & wangi, ada sesetengah kerisik, bau hangus & tengik)
Bahan perasa (garam, gula, ajinomoto)
(kisar semua bahan bertanda *)

NOTA: Sebelum kisar semua bahan, hiris serai, halia, lengkuas dan kunyit. Potong kecil cili dan bawang. Cara ini memudahkan kerja mengisar dan mengelakkan pengisar cepat rosak.

CARA MEMASAK:

1. Saya goreng separuh masak dulu ayam sebab tak nak ambil masa lama bila proses masak nanti.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


2. Tapi ada juga yang suka masuk ayam mentah terus dalam kuah rendang sebab rasa rendang tu meresap dalam daging ayam buat rasa rendang lagi sedap. Ikut selera masing-masing.
3. Santan yang dah dicampurkan dengan air.


4. Mula-mula, tumiskan bahan kisar hingga pecah minyak.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Bila dah pecah minyak, masukkan cili kering yang dah dikisar. Masak lagi hingga bahan kering sedikit.
6. Kacau-kacau. Masukkan daun limau purut dan asam keping. Ada sesetengah orang suka masukkan sekali daun kunyit tapi saya tak letak sebab orang dalam rumah tak suka ada daun-daun ni.


7. Kemudian, masukkan ayam yang dah digoreng separuh masak.
8. Gaul-gaul sebati, masukkan santan.


9. Kemudian masukkan kerisik.
10. Perasakan dengan garam, gula dan ajinomoto.


11. Kacau-kacau hingga rendang kita masak dan nampak kering sedikit.
12. Rendang ini boleh dimakan dengan nasi impit, ketupat dan sebagainya, mengikut cita rasa masing-masing.

Kredit resipi: Azza Ahsani

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube@Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff