Resipi rendang memang ada banyak cara memasaknya, malah lain keluarga boleh jadi lain pula resipinya.
Begitu juga Syalfarina Razali, dia juga turut punya resipi rendang daging tersendiri yang diwarisi dari arwah neneknya iaitu rendang daging cili api berempah. Malah beliau turut berkongsi resipinya.
1kg daging -dipotong
1 kotak kecil santan
1-2 asam keeping
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar gula melaka -dihancurkan
Hirisan daun kunyit
Daun limau purut
Garam
20 tangkai cili api
8 ulas bawang merah sederhana
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk jintan manis
1/2 sudu besar serbuk jintan putih
Baca: Resipi Rendang Daging Enam Bahan, Sedap ‘Terpelanting’
1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar hingga kering airnya.
2. Masukkan daging yang sudah dibersihkan, biarkan sampai keluar air daging.
3. Sementara itu masukkan 1 sudu besar serbuk ketumbar, 1/2 sudu besar serbuk jintan manis dan 1/2 sudu besar serbuk jintan putih.
4. Selepas air daging keluar, masukkan santan 1 kotak kecil dan tambah 1/2 kotak kecil lagi.
5. Perlahankan api, tutup kuali. Biarkan daging lembut dan rendang pekat. Reneh lebih kurang 1 jam 30 minit sampai dikacau.
6. Setelah daging lembut, rendang sudah pekat pecah minyak, masukkan 1-2 keping asam keping bersama hirisan daun kunyit dan daun limau purut, kerisik dan gula melaka asli (inilah ramuan penyedap rendang).
7. Bubuh garam macam biasa dan tutup api. Rendang ini akan ada sedikit kuah, cicah dengan ketupat, nasi impit atau pulut memang sedap.
Kredit resipi & foto: Syalfarina Razali
Baca: Resipi Rendang Telur, Sekali Rasa Mesti Suka