Rendang Daging sempoi memang digemari ramai. Tidak perlu tunggu musim perayaan, hari biasa pun boleh masak hidangan enak ini untuk sajian keluarga.
Bagi yang mulakan perniagaan, resipi ini sangatlah sesuai kerana ia tidak susah dan hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja.
Sukatan resipi perkongsian saudari Suriana Mohd ni adalah untuk sukatan 4 kg daging. Sukatan yang sesuai untuk musim perayaan dan juga untuk diniagakan. Jika anda nak masak dalam jumlah yang kurang atau lebih dari yang diberikan, hanya perlu bahagikan sahaja sukatan. Sangat sempoi. Jom cuba! Anda sekeluarga pasti suka.

RESIPI RENDANG DAGING SEMPOI

Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap

BAHAN-BAHAN:

4 kg daging
2 sudu makan rempah kari beli online disini
Air secukupnya
½ ketul gula kabung beli online disini
500ml santan kotak – beli online disini
1 kotak air
500gm kerisik beli online disini
Garam & serbuk perasa secukupnya
Daun kunyit
Daun limau purut

BAHAN-BAHAN KISAR:

20 biji bawang merah
1 labu bawang putih
4 inci halia
3 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup @ 2 sudu serbuk kunyit
20 batang serai
30 tangkai cili kering – guna cili api pon boleh beli online disini

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak masak dan tumis bahan-bahan kisar sampai pecah minyak.
2.Masukkan rempah kari dan sedikit air. Tumis lagi sampai pecah minyak.
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap 3. Masukkan daging dan juga air. Masak sampai daging lembut dan kering.
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap
4. Seterusnya masukkan gula kabung, masukkan santan dan juga 1 kotak air (sukat guna kotak santan)

Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap

Ads
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih SedapResipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap5. Tambahkan juga kerisik, garam dan perasa dengan secukupnya. Reneh sampai kering.
Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap6. Tabur daun kunyit dan daun limau. Gaul seketika hingga layu. Angkat.
7. Rendang Daging sedia untuk dinikmati.

Resipi Rendang Daging Mudah, Masak Macam Ni Lebih Sedap

Kredit resipi & foto: Suriana Mohd

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Cara Masak Rojak Mi Homemade Sedap Guna Resipi Arwah Mak

Resipi Colek Mangga Muda 4 Rasa. Mudah, Sedap & Memang Kecur Liur!

Ads

Ibu Kongsi Resipi Rempah & Petua Masak Gulai Kuning Ikan Tongkol Yang Sedap & Tak Hancur.

Resipi Sup Telur Chinese Style. Simple, Jimat & Sangat Sedap

 

Ads

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI