Rasanya masih ada yang teringin untuk makan makanan raya kerana tidak puas menikmatinya ketika hari raya tempoh hari. Antara menu yang menjadi pilihan tentunya rendang. Antara rendang yang sering dimasak adalah rendang kerang. Kali ini, kami akan kongsikan resipi rendang kerang dari Mariana Zainal.

 

Rendang Kerang

Resipi Rendang Kerang Yang Mudah Tapi Menyelerakan

BAHAN-BAHAN:

  • 2 kg kerang(rebus jap kemudian kopek..amik isinya)
  • 1 biji kelapa ( blender dgn 2 1/2 cawan air..perah ambil santannya)
  • 5 helai daun limau purut
  • 3 paket kecil kerisik(kalo buat sendiri guna 3-4 sudu besar)
  • 2 helai daun kunyit ( hiris )
  • 1 1/2 keping asam keping
  • 2 sdb gula pasir
  • 1/2 sdb garam
  • 1 sdt perasa
  • 2 senduk minyak masak

 

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 15-18 tangkai cili kering(nak pedas lagi bleh tambah)
  • 2 biji bawang besar
  • 5-6 ulas bwg putih
  • Sebesar ibu jari halia nak 2
  • Sebesar ibu jari lengkuas
  • 6 batang serai

(Kisar semua bahan ini )

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tumis bahan kisar.

2. Kemudian, masukkan asam keping dan gula. Tumis hingga betul-betul naik minyak.

IKLAN

3. Selepas itu, masukkan kerisik, daun limau purut dan santan.

4. Bila kuah dah mula pekat (sentiasa kacau, jangan sampai pecah santan), masukkan kerang.

5. Letak garam dan perasa. Kemudian, tabur daun kunyit bila kuah dah pekat.

6. Sesuaikan rasa. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

IKLAN

Resipi Rendang Kerang Yang Mudah Tapi Menyelerakan

Resipi Rendang Kerang Yang Mudah Tapi Menyelerakan

Resipi Rendang Kerang Yang Mudah Tapi Menyelerakan

Kredit resipi & foto: Mariana Zainal

ANDA JUGA BOLEH CUBA:

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI