Kalau tak kena gaya, limpa lembu yang tidak dimasak dengan betul boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan. Sebab itulah nak masak limpa lembu ni kena betul-betul. Biar hilang bau yang kurang menyenangkan tu. Ini resipinya.
RENDANG LIMPA
Ads
Bahan-Bahan
500 gram limpa (dipotong kepingan besar)
8 tangkai cili kering (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
1 biji bawang besar (dikisar)
2cm halia (dikisar)
2cm lengkuas (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 biji kelapa (diambil santan)
1 1/2 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 batang serai (dititik)
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan kerisik
Air secukupnya (jika perlu)
Ads
CARA MEMASAK:
1. Masukkan limpa, bahan-bahan kisar, santan, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serai dan asam gelugur ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih. Guna api kecil. Biar lama masaknya.
2. Apabila kuah sedikit kering kira-kira separuh dari jumlah asal, perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Gaul rata.
3. Kemudian masukkan kerisik. Gaul lagi hingga hampir kering. Perlahankan api.
4. Setelah rendang kelihatan semakin pecah minyak, padamkan api. Sedia untuk dinikmati.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Paru biasanya dimasak sambal. Namun, jika sesekali ingin ubah selera, bolehlah mencuba resipi Rendang Paru. Semasa penyediaan, paru hendaklah dipotong sederhana besar dan tidak terlalu tebal bagi memudahkan ia masak dengan sempurna.
BAHAN-BAHAN:
1 kg paru | dihiris
5 cawan santan cair
2 cawan santan pekat
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 helai daun kunyit
3cm kulit kayu manis
3 sudu makan kerisik
1 sudu makan garam
BAHAN KISAR:
12 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2cm halia
2 cm lengkuas
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Didihkan air dan rebus paru hingga lembut. Angkat dan toskan airnya.
2. Dalam kuali berasingan, masukkan santan cair dan bahan kisar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan paru, daun salam, daun limau purut, daun kunyit dan kulit kayu manis. Masak hingga kuah pekat.
4. Tuang santan pekat, garam dan kerisik. Gaul rata.
5. Masak lagi hingga kuah agak kering serta pecah minyak.
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Bagi peminat lauk berkuah, resipi Sup Daging Siam perkongsian saudara Ben Safwan ni antara yang perlu dicuba. Sedap, mudah dan tidak menggunakan banyak minyak. Resipi ini juga diolah mengikut cita rasa empunya resipi dan yang pastinya, memang ikut stail Thailand seperti yang dijual di kedai masakan panas. Pendek kata, penuh dengan kasih sayang lah. Berbaloi cuba masak untuk keluarga tercinta.
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan daging dan rebus dengan 200ml air selama 35-40 minit menggunakan api kecil dan tutup periuk. Buka sikit sahaja penutup bagi ruang keluar wap.
2. Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, hirisan bawang Holland, cili padi Thai, akar daun ketumbar dan 2/3 bahagian tomato hingga bawang betul-betul layu.
3. Kemudian tambah 700ml air (air + air rebusan daging ), daging rebus, daun ketumbar, perencah Sup Siam, sos ikan dan tomato. Besarkan api dapur, tutup periuk dan didihkan.
4. Bila sudah mendidih, perasakan ikut cita rasa dengan menambah serbuk perasa, garam dan jus limau nipis. Sup ini mempunyai rasa masam, pedas dan beraroma. Pastikan jumlah air juga tidak lebih atau kurang dari jumlah yang diberikan.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.